JPNT aktifkan Ops Payung pastikan kelancaran SPM

Iklan
Petugas membawa barangan untuk mangsa banjir seperti tikar dan keperluan lain di PPS SK Kuala Besut 1.

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengaktifkan Ops Payung bermula pada 13 Nov lepas di semua daerah di negeri ini untuk memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat menduduki peperiksaan itu dengan lancar, esok.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Kamsah@Kamal Mohamed berkata, pusat-pusat peperiksaan alternatif telah diaktifkan dan akan digerakkan sekiranya berlaku banjir atau bencana lain.

Iklan
Iklan

"JPNT telah mengenal pasti tiga calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Peroi yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut setakat 9 pagi tadi.

"Mereka akan digerakkan ke asrama SMK Kuala Besut untuk memulakan peperiksaan esok. Hingga kini, tiga orang calon SPM yang terjejas itu akan ditempatkan di asrama," katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, setiap perancangan telah diatur daripada semua aspek bagi memastikan pelajar dapat mengambil peperiksaan dengan lancar.

"Proses pemindahan akan dilaksanakan apabila banjir berlaku di sekolah, rumah calon SPM atau laluan ke sekolah yang terjejas banjir. Checkpoint telah ditetapkan untuk pelajar berkumpul apabila berlaku bencana," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, calon SPM juga dinasihatkan supaya menjaga keselamatan dan kesihatan diri sepanjang masa termasuk menjalani pemeriksaan doktor sekiranya mempunyai gejala influenza atau jangkitan lain.

Berdasarkan laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 282 orang daripada 91 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 359 orang daripada 106 keluarga pada 8 malam tadi.

Kesemua mangsa berlindung di sebuah PPS, iaitu SK Kuala Besut, Besut yang dibuka pagi semalam. - Bernama