Pertandingan sukan jadi pentas cungkil bakat atlet muda

Iklan

Penganjuran pertandingan bola sepak dan bola jaring di sekolah menjadi langkah strategik bagi mencungkil serta mengenal pasti bakat murid sebagai persediaan membentuk pasukan sekolah untuk tahun hadapan.

Usaha ini turut didorong oleh kejayaan sekolah muncul sebagai Juara KATMO Petaling Perdana 2025 sekali gus memastikan kesinambungan kecemerlangan serta pembangunan atlet muda terus diberi keutamaan.

Iklan
Iklan

Bola sepak dan bola jaring kekal sebagai dua sukan paling digemari dalam kalangan murid kerana masing-masing menjadi pilihan murid lelaki serta diminati pelajar perempuan.

Selari dengan konsep permainan berkumpulan, pertandingan tersebut dilaksanakan antara kelas, di mana setiap kelas menyediakan pasukan bola sepak untuk murid lelaki dan pasukan bola jaring untuk murid perempuan.

Iklan

Melalui pertandingan ini, guru berpeluang mengenal pasti bakat murid secara lebih menyeluruh, termasuk aspek ketangkasan, kemahiran teknikal, kerjasama berpasukan dan disiplin.

Iklan

Pemerhatian secara langsung ini membolehkan murid yang berpotensi dibimbing serta diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Persediaan awal turut memeriahkan suasana pertandingan apabila setiap kelas tampil dengan logo rekaan murid sendiri dan jersi kelas masing-masing.

Tidak dilupakan juga Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Tengku Tan Sri Datuk Setia Meriam Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menghadiri Kejohanan Piala Guru Besar Bola Sepak dan Bola Jaring di sekolah berkenaan.

Pada masa sama, pertandingan ini turut menjadi medium untuk mempromosikan Smart TV Thon.

Kehadiran ibu bapa dan murid ke sekolah pada hari berkenaan membuka ruang kepada guru besar untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan inisiatif tersebut.

Dalam dunia yang semakin dipengaruhi teknologi, murid dilihat lebih cenderung kepada penggunaan gajet.

Suasana penyampaian hadiah selepas selesai pertandingan bola sepak dan bola jaring.

Manakan tidak, Smart TV di sekolah dipercayai mampu memberi impak positif kepada murid.

Harapan tinggi disuarakan agar semua kelas dan bilik khas, termasuk Dewan Angsana SK Bukit Jelutong dapat dilengkapi dengan Smart TV demi menyokong proses pembelajaran yang lebih berkesan.