Program TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) kali ini menyaksikan wajah-wajah ceria pelajar menghiasi setiap sudut siaran menerusi lensa kamera yang dirakamkan sehinggalah kepada riuhnya runut bunyi silih berganti.
Bagi mereka, inilah peluang untuk keluar daripada rutin bilik darjah dan merasai sendiri dunia penyiaran yang selama ini hanya ditonton di kaca televisyen.
Peserta lain menjalankan aktiviti berkumpulan seperti biasa dengan bantuan guru pengiring.
Percayalah, TV PSS bukan sahaja menyuntik kegembiraan, malah membina keberanian, skil dan kenangan yang akan terpahat lama dalam ingatan sekali gus bekalan di alam kerjaya.
Iklan
Perbincangan dijalankan untuk merangka kandungan video sebelum memulakan rakaman.
Selepas selesai siaran langsung, pelajar perlu menyunting video supaya menjadi lebih menarik untuk tontonan.
Iklan