Lonjakan kos hidup susutkan harapan tangani krisis belia Malaysia

Iklan

Seiring perkembangan ekonomi semasa, isu kos sara hidup yang giat melonjak naik menjadi salah satu cabaran yang besar dan telah membebani generasi muda di Malaysia.

Tekanan ekonomi semasa terus mengekang kebebasan kewangan dan menghambat kemampuan generasi belia untuk memiliki aset sendiri. Lonjakan kos sara hidup seperti harga makanan, sewa kediaman dan pengangkutan telah menindas generasi belia yang berpendapatan rendah.

Iklan
Iklan

Fenomena itu menjadikan ramai belia berada dalam tekanan ekonomi yang sangat ketara. Biarpun prestasi ekonomi negara mengekalkan momentum pertumbuhan yang mampan tetapi pada realitinya majoriti generasi muda mengalami krisis kewangan yang menjejaskan kualiti hidup mereka.

Unit Perancangan Ekonomi (UPE) merupakan satu agensi induk di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan ditubuhkan pada tahun 1961 yang bertanggungjawab untuk merancang dan menyelaraskan pembangunan ekonomi negara secara menyeluruh.

Iklan

Sebagai badan kerajaan yang bertanggungawab menggubal dasar Pembangunan Ekonomi dan Sosial negara, Unit Perancangan Ekonomi (UPE) memainkan peranan yang kritikal dalam memelihara kemakmuran ekonomi dan Kebajikan rakyat.

Menerusi pelbagai dasar seperti Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), Strategi Ekonomi Madani, dan pelaksanaan Dasar Gaji Yang Progresif, Unit Perancangan Malaysia bertindak untuk menstabilkan beban ekonomi rakyat dan mempertahankan kecekapan ekonomi negara.

Iklan

Unit Perancangan Ekonomi berperanan sebagai penyumbang utama kemajuan negara yang bertanggungjawab penuh untuk memastikan setiap dasar dan strategi ekonomi yang dilaksanakan berkesan untuk kemajuan dan kestabilan dalam jangka masa yang lama di Malaysia.

Meskipun begitu, persoalan utama yang timbul ialah seberapa besar pengaruh dasar-dasar ini benar-benar dirasai oleh generasi muda yang merupakan golongan tunjang p embangunan negara. Adakah dasar yang telah dirancang oleh Unit Perancangan Malaysia dinilai dari pelbagai perspektif seperti nilai etika, keadilan sosial dan empati terhadap krisis kos sara hidup generasi belia.

Tekanan kos hidup yang semakin meningkat telah menghimpit rakyat di Malaysia, terutamanya dalam kalangan belia telah menjadi cabaran utama kepada kerajaan dalam memastikan keseimbangan antara perkembangan ekonomi dan kesejahteraan sosial.

Tekanan kadar inflasi yang kian meningkat telah mewujudkan krisis kos sara hidup yang menjejaskan kualiti hidup generasi muda. Meskipun pertumbuhan ekonomi negara stabil tetapi pada realitinya rakyat golongan B40 masih lagi mengalami kekangan wang kerana pendapatan sebenar tidak mampu menampung keperluan harian.

Tambahan pula, masalah berkaitan ketidaksamarataan pendapatan di antara bandar dan luar bandar semakin jelas dilihat turut menjadi cabaran utama. Golongan belia di bandar terbeban dengan kos perumahan yang semakin mahal, manakala golongan belia di luar bandar menghadapi cabaran peluang pekerjaan yang terhad dan ketidakstabilan ekonomi.

Dalam hal ini, Unit Perancangan Ekonomi perlu memperkukuhkan lagi dasar yang tidak hanya menekankan pertumbuhan ekonomi sahaja, tetapi perlu memberi perhatian terhadap Pembangunan sosial yang harmoni dan inklusif.

Sistem pemantauan perlu memantau usaha kerajaan dalam menstabilkan krisis kos hidup dengan lebih berkesan. Program yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti bantuan tunai bersasar dan pelaksanaan gaji yang progresif merupakan salah satu tindakan yang positif dan membantu meringankan tekanan kos hidup rakyat, namun ianya masih memerlukan penambahbaikan dari segi pelaksaan jangka masa yang Panjang.

Dasar yang telah diperkenalkan harus memastikan kelangsungan kesejahteraan rakyat bukan hanya sementara lebih- lebih lagi hanya bersifat reaktif. Unit Perancangan Ekonomi bukan sahaja bertanggungjawab dalam membentuk dasar tetapi perlu bertindak untuk memantau bagi memastikan pelaksanaan dasar berkesan supaya impaknya dapat dilihat dan dirasai oleh lapisan masyarakat.

Seiring dengan itu, dasar Ekonomi Madani dan Agenda 2030 Pembangunan Mampan diperkenalkan oleh Unit Perancangan Ekonomi sebagai pendekatan seimbang antara kesejahteraan sosial dan kemajuan ekonomi.

Oleh itu, strategi yang dirancang oleh Unit Perancangan Ekonomi bukan hanya bertujuan untuk meningkatkan produktiviti malah untuk memperkasakan jaringan sosial dan mengsifarkan jurang ekonomi antara rakyat di bandar dan luar bandar.

Selaku mahasiswa yang merupakan sebahagian daripada generasi belia, krisis kos sara hidup ini amat memberi kesan kepada realiti kehidupan saya.

Peningkatan kos perbelanjaan keperluan seperti barangan keperluan, kos pengangkutan dan kos sewa kediaman mencabar pengurusan kewangan harian saya sendiri.

Oleh itu, saya ingin memberi pendapat secara peribadi bahawa usaha kerajaan yang dilaksanakan oleh Unit Perancangan Ekonomi di Malaysia yang berusaha untuk menstabilkan ekonomi negara wajar dipuji dan dihargai, namun usaha ini sedikit sebanyak masih perlu ditambahbaik dari aspek pelaksanaan dan keberkesanan dasar daripada golongan akar masyarakat.

Berdasarkan pemerhatian saya, dasar yang diperkenalkan seperti Ekonomi Madani dan gaji progresif telah membawa satu harapan yang baharu kepada masyarakat terutamanya golongan belia yang mengalami tekanan terhadap ketidakstabilan pendapatan.

Pembangunan negara bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata malah rakyat juga perlu mengalas peranan yang penting seperti menjadi pengguna yang bijak dan tenaga kerja yang produktif untuk negara.

Secara mendalamnya, saya dapat menyimpulkan bahawa kesejahteraan masyarakat tidak boleh dikira melalui perkembangan ekonomi semata-mata tetapi dari aspek kesamarataan antara kemajuan material dan kestabilan sosial juga perlu diukur.

Laporan ini telah membuka mata saya tentang kepentingan perancangan ekonomi yang berasaskan nilai kerana setiap dasar akan memberi kesan langsung terhadap kualiti hidup masyarakat

Saya amat yakin Malaysia akan mencapai kemajuan dari aspek ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Cabaran tekanan kos sara hidup khususnya golongan belia di Malaysia perlu diberi perhatian berterusan oleh semua pihak.

Seperti yang sedia maklum, Unit Perancangan Ekonomi merupakan badan perancangan yang amat disignifikan bagi memastikan kestabilan perkembangan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat dapat diperoleh secara keseluruhannya agar beban rakyat yang dihimpit oleh ekonomi semasa dapat diringankan. Keberkesanan sesuatu dasar bergantung pelaksanaanya di lapangan.

Oleh itu, saya berpendapat agar kerajaan mempertingkatkan pemantauan dan penilaian dasar secara berterusan agar bantuan dan inisiatif yang dilaksanakan dapat dinikmati oleh Kumpulan sasar. Selain itu, pihak audit keberkesanan dasar juga perlu dilaksanakan secara kerap agar impak sebenar kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat dapat dinilai.

Kerajaan juga perlu memperkukuhkan pasaran pekerjaan untuk belia dengan memberikan Latihan kemahitan (TVET). Pelaksanaan gaji progresif harus diperluaskan kepada semua sektor termasuk sektor swasta bagi mengurangkan ketidaksamarataan pendapatan. Dengan pelaksanaan Langkah ini, tekanan kos sara hidup akan lebih stabil dan memperkukuhkan ekonomi negara.

Kesimpulannya, Unit Perancangan Ekonomi harus memperkasakan dasar yang mengutamakan rakyat dengan memberi perhatian kepada kesejahteraan sosial, perluang pekerjaan yang luas dan berkualiti serta menjamin kestabilan ekonomi jangka masa Panjang di Malaysia. Malaysia berpontensi untuk lebih maju dalam aspek ekonomi serta menjadi negara yang sejahtera, inklusif dan mampu menghadapi cabaran global masa hadapan yang tidak dijangka.

 

 

Maklumat Penulis:

1 - Mahasiswa tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) dengan Kepujian, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Nur Izatul Najwa Che Mansor

2 - Penyelaras Kursus Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Malaysia (ECO4373) UMT, Jaharudin Padli