Semakan tawaran kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) masih dibuka sehingga 13 Januari.
Bagi pelajar yang berjaya mendapat tawaran, tahniah diucapkan! Bagi yang belum mendapat panggilan, jangan kecewa kerana peluang rayuan masih tersedia.
Dalam konteks ini, kenapa MRSM menjadi rebutan ramai pelajar? Apakah kelebihannya?
Difahamkan, sekolah berkenaan mempunyai pelbagai keistimewaan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah turut menawarkan kemudahan moden, aliran khas dan peluang kokurikulum menarik. Tak hairanlah ia menjadi pilihan utama majoriti anak-anak Malaysia.
Untuk info, terdapat 57 MRSM di seluruh negara termasuk di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang menjadi idaman mereka. Berikut adalah senarai lengkap sebagai rujukan pembaca Sinar Bestari.
1. MRSM Alor Gajah
2. MRSM Arau
3. MRSM ATM Bera
4. MRSM Bagan Datuk
5. MRSM Balik Pulau
6. MRSM Baling
7. MRSM Batu Pahat
8. MRSM Bentong
9. MRSM Beseri
10. MRSM Besut
11. MRSM Betong
12. MRSM FELDA Trolak
13. MRSM Gemencheh
14. MRSM Gerik
15. MRSM Jeli
16. MRSM Johor Bahru
17. MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi
18. MRSM Kota Kinabalu
19. MRSM Kota Putra
20. MRSM Kuala Berang
21. MRSM Kuala Klawang
22. MRSM Kuala Krai
23. MRSM Kuala Kubu Bharu
24. MRSM Kuala Terengganu
25. MRSM Kuantan
26. MRSM Kubang Pasu
27. MRSM Kuching
28. MRSM Langkawi
29. MRSM Lenggong
30. MRSM Merbok
31. MRSM Mersing
32. MRSM Muadzam Shah
33. MRSM Muar
34. MRSM Mukah
35. MRSM Parit
36. MRSM Pasir Salak
37. MRSM Pasir Tumboh
38. MRSM PDRM Kulim
39. MRSM Pendang
40. MRSM Pengkalan Chepa
41. MRSM Pengkalan Hulu
42. MRSM Semporna
43. MRSM Sultan Azlan Shah
44. MRSM Sungai Besar
45. MRSM Taiping
46. MRSM Terendak
47. MRSM Transkrian
48. MRSM Tumpat
49. MRSM Tun Abdul Razak
50. MRSM Tun Dr Ismail
51. MRSM Tun Ghafar Baba
52. MRSM Tun Ghazali Shafie
53. MRSM Tun Mohamad Fuad Stephens
54. MRSM Tun Mustapha
55. MRSM Bintulu
56. MRSM Ranau
57. MRSM Serting
58. MRSM Dungun
Terdahulu, terdapat enam program pengajian/ aliran yang ada ditawarkan di MRSM iaitu MRSM Premier, MRSM Ulul Albab, MRSM Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), MRSM Teknikal, MRSM Bitara dan MRSM International Baccalaureate (IB) Middle Years Programme (MYP).