Murid Sarawak angkat isu keselamatan jalan raya hingga Juara Kebangsaan VIA 2025

Iklan

Setiap pagi, murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Tudan, Miri, berdepan cabaran sama iaitu menyeberangi laluan sibuk di Jalan Pintas Kuala Baram yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap kemalangan. Risiko itu bukan sekadar kebimbangan ibu bapa dan guru, malah menjadi realiti harian murid yang masih kecil usianya.

Daripada situ, lahir keberanian luar biasa sekumpulan murid yang menamakan diri mereka Safety Squad, apabila usaha advokasi keselamatan jalan raya yang digerakkan berjaya mengangkat sekolah itu sebagai Juara Kebangsaan VIA Safe Mobility 2025.

Iklan
Iklan

Kejayaan itu melayakkan mereka menerima geran bernilai EUR 5,000 (RM23,714.45) tajaan TotalEnergies bagi melaksanakan dan mempromosikan inisiatif keselamatan jalan raya di persekitaran sekolah, selain mewakili Malaysia ke peringkat akhir antarabangsa serantau bersama juara dari India, Iraq dan Romania dalam program yang melibatkan penyertaan 24 negara.

VIA Safe Mobility merupakan inisiatif pendidikan global yang memberi peluang kepada murid menyelesaikan masalah sebenar di komuniti mereka melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek dengan bimbingan Arus Academy.

Iklan

Menurut Pengarah Jualan TotalEnergies Marketing Malaysia, Patricia Law, program itu mencerminkan komitmen syarikat terhadap pembudayaan keselamatan sejak peringkat awal.

“Kami mahu murid bukan sahaja memahami kepentingan keselamatan, tetapi berani mengambil peranan sebagai pencetus perubahan di persekitaran mereka sendiri,” katanya.

Iklan

Belajar daripada realiti sekeliling

SJKC Chung Hua Tudan yang mempunyai lebih 1,200 murid terletak berhampiran salah satu daripada lima lokasi blackspot kemalangan di Miri. Menyedari risiko itu, pasukan Safety Squad yang terdiri daripada 10 murid di bawah bimbingan guru telah menjalankan audit pemerhatian trafik di kawasan menurunkan penumpang dan laluan pejalan kaki sekitar sekolah.

Antara penemuan utama mereka ialah ketiadaan lintasan pejalan kaki yang selamat serta tahap kesedaran keselamatan rendah dalam kalangan murid kecil termasuk penggunaan topi keledar yang rosak atau tidak sesuai.

Sebagai langkah susulan, pasukan ini mengemukakan permohonan rasmi kepada Majlis Bandaraya Miri (MCC) bagi pembinaan lintasan zebra di hadapan sekolah, selain melancarkan kempen keselamatan bertemakan See + Go = Safe. Helmet On, Worries Gone.

Kempen itu merangkumi penganjuran Kem Mobiliti Selamat VIA, pertandingan melukis, perhimpunan keselamatan interaktif serta penglibatan komuniti melalui Karnival Keselamatan Jalan Raya dan program Walk for Safe Mobility. Usaha mereka turut diperluaskan ke sekolah menengah menerusi sesi perkongsian rakan sebaya yang menjangkau lebih 1,000 pelajar.

Kesungguhan murid-murid ini akhirnya membuahkan hasil apabila pihak Majlis Bandaraya Miri kini sedang menjalankan penilaian teknikal bagi pembinaan lintasan pejalan kaki khas di hadapan sekolah, termasuk proses pengukuran tapak peringkat awal.

Kejayaan Safety Squad SJKC Chung Hua Tudan membuktikan bahawa suara murid, apabila didengari dan diberi ruang, mampu mencetus perubahan sebenar demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.