KPM kaji semula keperluan kembalikan UPSR, PT3 - Fadhlina

Iklan
Fadhlina berkata, MPPK akan meneliti laporan dan data berkaitan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji semula sistem peperiksaan negara melibatkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), susulan polemik dibangkitkan masyarakat.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) akan mendapatkan pandangan pakar pendidikan serta meneliti laporan dan data berkaitan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Iklan
Iklan

"Perkara ini akan dilakukan sesegera mungkin, saya minta Ketua Pengarah Pendidikan, Azam Ahmad memberikan pandangan kementerian, manakala ahli MPPK juga akan membincangkannya.

"Laporan kaji selidik dan sebarang keputusan akan diserahkan kepada ahli Kabinet untuk diteliti," ujar Fadhlina ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2026.

Iklan

Untuk rekod, UPSR dimansuhkan pada tahun 2021, manakala PT3 dihentikan pada tahun 2022, kemudian digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Berdasarkan pemerhatian pendapat umum, sebahagian masyarakat berpandangan langkah berkenaan mengakibatkan sebahagian pelajar keciciran prestasi akademik. - Astro Awani 

Iklan