Titah Agong sentuh pendidikan, ini perancangan KPM untuk 10 tahun akan datang

Iklan
SULTAN IBRAHIM

Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menjadi panduan penting kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha memperkukuh sistem pendidikan negara.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, titah Seri Paduka Baginda yang disampaikan sempena pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas itu mengingatkan seluruh warga pendidikan agar terus memperkasakan ekosistem pendidikan sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa depan negara.

Iklan
Iklan

Menurut KPM, sebarang cadangan atau usul berkaitan pengiktirafan sistem pendidikan lain perlu selari dengan Dasar Pendidikan Negara termasuk keperluan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta penguasaan sejarah Malaysia dalam sistem pendidikan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, KPM kini memberi tumpuan terhadap pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 dan Kurikulum Baharu Prasekolah, yang menjadi kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 yang berakhir tahun lalu.

Iklan

RPM 2026–2035 dirangka dengan matlamat untuk meningkatkan mutu pendidikan negara secara menyeluruh, sejajar dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan yang dihadapi murid Malaysia.

Selaras dengan titah Seri Paduka Baginda, pelan itu turut menekankan usaha memartabatkan bahasa Melayu, di samping memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris serta bahasa-bahasa lain sebagai nilai tambah kepada murid.

Iklan

KPM menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap titah dan saranan Seri Paduka Baginda dilaksanakan sebaik mungkin demi penambahbaikan berterusan sistem pendidikan negara serta kesejahteraan rakyat.