KPM umum cuti tambahan 3 hari sempena Tahun Baharu Cina 2026! Ini tarikh lengkap bagi Kumpulan A & B

Iklan
Namun, bagi memberi kelebihan dan peluang lebih untuk rakyat Malaysia menyambut perayaan bersama keluarga, KPM melalui Kalendar Akademik 2026 memperuntukkan tiga hari Cuti Tambahan untuk sekolah di seluruh negara. Foto: Canva

Cuti umum Tahun Baharu Cina di Malaysia biasanya diperuntukkan selama dua hari, dengan perayaan bagi tahun 2026 jatuh pada 17 Februari (Selasa) dan 18 Februari (Rabu).

Namun, bagi memberi kelebihan dan peluang lebih untuk rakyat Malaysia menyambut perayaan bersama keluarga, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Kalendar Akademik 2026 memperuntukkan tiga hari cuti tambahan untuk sekolah di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Langkah ini dijangka membolehkan warga sekolah menikmati masa bersama keluarga, pulang ke kampung halaman serta menyemarakkan semangat perpaduan dan budaya dalam kalangan pelajar.

Foto: Canva

Iklan

Berikut pengagihan cuti tambahan bagi setiap kumpulan:

1) Kumpulan A:

Iklan

Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bercuti pada:

  • 15 Februari (Ahad)
  • 16 Februari (Isnin)
  • 19 Februari (Khamis)

2) Kumpulan B:

Sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bercuti pada:

  • 16 Februari (Isnin)
  • 19 Februari (Khamis)
  • 20 Februari (Jumaat)

Foto: Canva

Untuk info, Tahun Baharu Cina merupakan perayaan terpenting bagi masyarakat Cina yang menandakan permulaan tahun baharu mengikut kalendar qamari (lunar).

Sambutan lazimnya jatuh pada bulan Januari atau Februari, bergantung kepada peredaran bulan.

Perayaan ini membawa makna simbolik yang mendalam antaranya membersihkan nasib malang tahun lalu, menyambut tuah, kesejahteraan dan harapan baharu serta mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui tradisi makan besar yang dinanti-nantikan.