Kejayaan Allahyarham Dr Ahmad Atiq (tengah) dalam SPM 2003 dibuktikan menerusi usaha secara berterusan di samping disiplin diri yang tinggi dan sokongan moral daripada keluarga serta guru. Sumber gambar: Internet
Kejayaan Allahyarham Dr Ahmad Atiq (tengah) dalam SPM 2003 dibuktikan menerusi usaha secara berterusan di samping disiplin diri yang tinggi dan sokongan moral daripada keluarga serta guru. Sumber gambar: Internet

Allahyarham Dr Ahmad Atiq raih 15A dalam SPM 2003 & muncul pelajar terbaik negara!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
21 Apr 2025 04:34pm

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 bakal diumumkan pada 24 April ini sekali gus menjadi saat mendebarkan buat ribuan pelajar di seluruh negara.

Bagaimanapun, apa jua keputusan yang bakal diterima kelak, ingatlah bahawa setiap kejayaan atau cabaran adalah sebahagian daripada perjalanan hidup.

Terimalah dengan hati terbuka dan teruskan melangkah dengan semangat yang positif.

Bersempena dengan musim pengumuman keputusan itu, Sinar Bestari ingin mengimbau kembali kisah-kisah inspirasi pelajar Malaysia yang pernah mencatat sejarah kecemerlangan luar biasa dalam SPM.

Mereka bukan sahaja mencipta kejayaan akademik, bahkan menjadi ikon semangat gigih, dedikasi dan kecekalan dalam mengejar impian. Malah, kisah kejayaan mereka wajar dijadikan pembakar semangat kepada calon SPM tahun ini.

Allahyarham Dr Ahmad Atiq Abdul Hamid pernah muncul pelajar terbaik SPM 2003 kerana meraih 15A dalam peperiksaan itu.

Diikuti Dr Amalina Bakri pada 2004 yang mendapat 17A1 dan Dr Siti Fatimah Mukhtar 2006 (18A iaitu 17A1 dan 1A2).

Kemudian, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah, Dr Azali Azlan dinobatkan pelajar terbaik SPM 2007 dengan merangkul 21A (20A1 dan 1A2).

Artikel Berkaitan:

Manakala Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal pula diumum pelajar terbaik 2008 kerana memperoleh 20A (19A1 dan 1A2).

Hari ini, Sinar Bestari ingin berkongsi serba ringkas kejayaan Allahyarham Dr Ahmad Atiq dalam SPM 2003.

Menerusi pencarian di laman sosial, arwah merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle, Klang, Selangor dan seorang doktor perubatan lulusan Universiti Notthingham, United Kingdom (UK) serta berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 31 tahun akibat masalah pendarahan di kepala.

Allahyarham mempunyai seorang isteri, Dr Mai Shahira Meor Hazizi yang merupakan graduan perubatan Leicester University, UK. Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata yang comel.

Kejayaan arwah dalam SPM 2003 dibuktikan menerusi usaha secara berterusan di samping disiplin diri yang tinggi dan sokongan moral daripada keluarga serta guru.

Selain itu, sentiasa membuat latihan, mengulang kaji soalan tahun-tahun sebelumnya, mengamalkan doa dan solat sunat antara amalan beliau sebelum SPM berlangsung.

Petua yang dikongsi ini, dipetik menerusi pencarian Sinar Bestari menerusi beberapa portal tempatan.

Semoga kejayaan luar biasa beliau menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian hebat di masa hadapan, insya- ALLAH.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp