Banjir Sabah: Lagi 27 sekolah di enam daerah terjejas

Iklan
SMK Saint Paul, Beaufort antara sekolah terjejas akibat banjir.

Sebanyak 27 sekolah di enam daerah di negeri ini terjejas akibat banjir termasuk Beaufort, Tenom dan Sipitang yang baharu diisytiharkan sebagai lokasi bencana pada Rabu.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, sekolah yang terlibat berada di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran, Beaufort, Tenom, Sipitang, Papar dan Tawau.

Iklan
Iklan

"PPD Beluran merekodkan lima sekolah terjejas, manakala PPD Beaufort mencatat jumlah tertinggi iaitu 14 sekolah.

"PPD Tenom dan PPD Sipitang masing-masing melibatkan tiga sekolah, diikuti PPD Papar dan Tawau dengan masing-masing sebuah sekolah terjejas," katanya ketika dihubungi Sinar Bestari pada Rabu.

Iklan

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, tujuh lagi sekolah tidak dapat beroperasi apabila bangunan sekolah dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir.

"Tiga sekolah terlibat di bawah PPD Beluran dan empat lagi di bawah PPD Pitas," katanya.

Iklan