Kaunselor perlu bertindak awal

Iklan
Cikgu Mastika sewaktu mengendalikan program kaunseling dan ceramah di sekolah.

Perkongsian guru kaunseling sekolah tangani kejadian buli siber

Di sebalik isu buli siber yang semakin membimbangkan, tugas seorang guru kaunseling di sekolah amat diperlukan sebagai benteng awal untuk melindungi emosi murid.

Bukan sekadar menunggu aduan, para pendidik inilah yang perlu proaktif menjalankan program pendedahan dan kesedaran agar murid lebih memahami risiko serta kesan buli siber.

Iklan
Iklan

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mansor, Negeri Sembilan, Cikgu Mastika Jaafar berkata, melalui sesi kaunseling individu yang berterusan dapat memantau keadaan mangsa secara berkala bagi memastikan emosi dalam keadaan stabil.

"Ia diperkukuh dengan pelaksanaan Ujian Saringan Minda Sihat bagi mengenal pasti tahap kesejahteraan mental murid terlibat.

Iklan

Cikgu Mastika

"Pendekatan menyeluruh ini bukan sahaja membantu mengesan masalah dengan lebih awal, malah ia ruang selamat murid untuk berkongsi dan mendapatkan sokongan sewajarnya," katanya kepada Sinar Bestari.

Iklan

Sokongan

Kongsi Cikgu Mastika lagi, kaedah yang digunakan adalah sesi kaunseling individu secara konsisten dan rundingan bersama ibu bapa bagi memastikan sokongan yang diterima mangsa tidak terhenti di bilik kaunseling semata-mata.

"Mangsa bukan sahaja memerlukan bimbingan profesional, malah peranan ibu bapa amat penting dalam proses pemulihan keyakinan diri.

"Dorongan berterusan, kesediaan mendengar tanpa menghakimi dan kehadiran emosi yang stabil membantu anak berasa lebih selamat serta dihargai.

"Sokongan inilah yang menguatkan semula semangat mangsa untuk bangkit dan tidak terus terperangkap dalam tekanan," katanya lagi.

Mangsa bukan sahaja memerlukan bimbingan profesional, malah peranan ibu bapa amat penting dalam proses pemulihan keyakinan diri. - Gambar hiasan

Dalam teori kaunseling, aspek keperluan asas seperti rasa disayangi, diterima dan dihargai perlu dipenuhi bagi memastikan kesejahteraan emosi dapat dipulihkan.

Bagaimanapun, ujar Cikgu Mastika, tempoh pemulihan tidak berlaku dalam masa singkat.

"Ia bergantung kepada tahap trauma individu serta sejauh mana sokongan diberikan oleh keluarga dan persekitaran.

"Jelasnya, pemulihan mangsa buli siber memerlukan kerjasama semua pihak.

"Apabila sekolah dan ibu bapa bergerak seiring, keyakinan diri murid dapat dibina semula secara berperingkat dan lebih bermakna," ujarnya.