UPKK 2025 catat peningkatan membanggakan

Iklan

Gelombang kecemerlangan terus menyinar dalam landskap pendidikan Islam negara apabila 24,761 daripada 251,392 calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) 2025 mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh A dalam kesemua sembilan subjek.

Ia merangkumi al-Quran, Akidah, Sirah, Adab, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Ibadah, Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) serta Amali Solat.

Iklan
Iklan

Satu pakej lengkap yang membentuk sahsiah dan kefahaman agama murid sejak di bangku sekolah rendah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifl i Hasan berkata, pencapaian Gred Purata Kebangsaan (GPK) UPKK 2025 secara keseluruhan ialah 1.83 mata berbanding 1.85 pada tahun sebelumnya.

Iklan

“Daripada jumlah keseluruhan calon yang menduduki semua kertas peperiksaan, peratus calon yang mencapai tahap lulus keseluruhan UPKK 2025 ialah 89.61 peratus,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan UPKK 2025 baru-baru ini.

Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi gambaran komitmen berterusan guru KAFA, ibu bapa dan murid dalam memperkukuh asas ilmu dan penghayatan Islam sejak usia muda.

Iklan

Anak istimewa, pencapaian luar biasa!

Dalam dunia pendidikan, kejayaan bukan sekadar deretan huruf A di atas kertas keputusan, tetapi lambang usaha, doa dan ketabahan yang tidak pernah padam.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakam sekalung penghargaan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan, Kuala Terengganu, Nurul Aina Solehah Zainudin.

“Adik ini diiktiraf sebagai Pelajar Terbaik Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) 2025 Kategori Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Penglihatan dengan pencapaian 8A 1B,” kongsinya dalam satu kenyataan di Facebook.

Bukan itu sahaja, dalam tempoh hanya dua tahun mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), ujar Ahmad Samsuri, murid ini membuktikan bahawa kekangan penglihatan bukanlah halangan untuk mencipta kecemerlangan.

“Keazaman yang tinggi, disiplin dalam menuntut ilmu dan sokongan padu keluarga serta guru-guru telah membuahkan hasil yang amat membanggakan.

“Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada seluruh anak-anak Terengganu. Syabas dan tahniah,” katanya.