Warga sekolah beraksi kacau bubur lambuk!

Iklan
Kumpulan pelajar SMK Kota Kemuning mengacau bubur lambuk dalam Program Santunan Bubur Lambuk 3.0 pada Selasa.

Program penyediaan bubur lambuk sentiasa menjadi antara aktiviti Ihya Ramadan yang paling meriah di sekolah.

Dari proses memotong bahan, mengacau bubur di kawah besar hinggalah saat ia diagihkan kepada murid-murid, pelajar, guru dan warga sekolah.

Iklan
Iklan

Setiap detik memancarkan semangat kerjasama dan kebersamaan warga sekolah.

Jelas, tradisi ini kekal relevan dan mampu menyatukan warga sekolah di semua peringkat pendidikan.

Iklan

Dalam paparan lensa kali ini, Sinar Bestari menampilkan beberapa sekolah yang berkongsi kemeriahan dan keseronokan mengacau bubur lambuk.

Penyediaan bubur lambuk di SK Bukit Kapar dilaksanakan oleh guru-guru dan wakil Yayasan Kossan.

Iklan

REAKSI

1)"Program Bubur Lambuk Ramadan 2026 yang kami laksanakan ini dianjurkan oleh Unit Bantuan Hal Ehwal Murid dan Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab dengan kerjasama Yayasan Kossan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Bukit Kapar Care. Ia boleh merapatkan ukhuwah Islamiyyah dalam kalangan warga sekolah, PIBG dan komuniti luar."

- Penyelaras Program merangkap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kapar, Saripuddin Latip.

2)"Melalui aktiviti ini, saya harapkan hubungan silaturrahim antara guru, kakitangan, komuniti dan murid-murid lebih akrab. Secara tidak langsung, para pendidik memberikan pengetahuan luar bilik darjah kepada murid-murid sekolah tentang cara membuat bubur lambuk sekali gus memupuk sikap suka bersedekah sejak kecil." 

- Penyelaras Program merangkap Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Pandamaran Jaya, Ridzuan Mat Ail.

Dari kiri Saripuddin dan Ridzuan

3)"Program Santunan Bubur Lambuk 3.0 ini adalah salah satu inisiatif Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang bertujuan memupuk perpaduan, keharmonian dan toleransi dalam kalangan pelajar dan guru pelbagai kaum. Kali ketiga dianjurkan, mereka bergotong-royong menyediakan bubur lambuk yang diagihkan kepada warga sekolah, masjid dan surau berdekatan."

- Koordinator Program, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning, Muhammad Muzakkir Che Ani

4)"Saya berharap program sebegini terus memupuk semangat kekitaan, kerjasama dan kerja berpasukan antara guru dan pelajar pelbagai kaum. Usaha seperti ini bukan sahaja mengeratkan kebersamaan, malah memperkukuh perpaduan dalam komuniti sekolah." 

- Pengetua Cemerlang, SMK Kota Kemuning, Mohd Fauzi Zailan 

Dari kiri Muhammad Muzakkir dan Mohd Fauzi

Kumpulan guru SMK Kota Kemuning bergotong-royong memasak bubur lambuk seawal pagi bagi memastikan setiap hidangan siap untuk diagihkan kepada pelajar dan komuniti setempat.

Azizah (dua dari kanan) menuang bubur ke dalam bekas untuk diagihkan kepada semua warga sekolah.

Guru-guru wanita SK Pandamaran Jaya menyediakan bahan mentah sebelum dimasukkan ke dalam kawah untuk menyiapkan bubur lambuk.

Hedrhin Ramli (baju biru) bersama-sama guru SK Pandamaran Jaya menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan.

Murid-murid prasekolah SK Bukit Kapar bergambar selepas menerima bubur lambuk masing-masing.

Program Bubur Lambuk Ramadan 2026 di SMK Kota Kemuning, yang dianjurkan buat kali ketiga, berjaya mengeratkan silaturahim seluruh warga sekolah.

Pelajar SMK Kota Kemuning turut mengambil bahagian dengan menyumbangkan tenaga dalam Program Bubur Lambuk Ramadan 2026.