483 murid sedia 346 pek, semai empati Ramadan

Iklan
Seramai 483 murid Sekolah Rendah Agama Al-Amin Darul Musthofa menyediakan sebanyak 346 pek bantuan makanan untuk diagihkan kepada keluarga asnaf melalui Program Infaq Kasih Ramadan 2026.

Seramai 483 murid Sekolah Rendah Agama Al-Amin Darul Musthofa menyediakan sebanyak 346 pek bantuan makanan untuk diagihkan kepada keluarga asnaf melalui Program Infaq Kasih Ramadan 2026.

Program itu menjadi simbol kerjasama erat antara institusi pendidikan dan komuniti bagi membantu golongan yang memerlukan sepanjang bulan mulia ini.

Iklan
Iklan

Pengasas bersama, Datuk Ismail Nordin berkata, secara tidak langsung aktiviti ini mencerminkan falsafah pendidikan sekolah yang menekankan pembentukan sahsiah selain kecemerlangan akademik.

Pemberian pek bantuan makanan kepada keluarga asnaf.

Iklan

“Pendidikan harus membentuk akhlak dan nilai kemanusiaan, bukan sekadar intelek.

“Apabila anak-anak diberi peluang untuk terlibat sama dalam membantu masyarakat, mereka akan lebih memahami makna empati, kesyukuran dan tanggungjawab sosial,” katanya.

Iklan

Program Infaq Kasih Ramadan 2026 ini berlangsung di Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah, Denai Alam dan Masjid Al-Khairiyah, Batu Caves.

Pada tahun ini, pelajar daripada kampus Batu Caves dan Elmina terlibat secara langsung dalam penyediaan pek bantuan yang mengandungi pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, susu, biskut dan makanan dalam tin.

Tidak lupa juga dengan sumbangan daripada ibu bapa yang membolehkan pihak sekolah menyelaraskan pembelian barangan secara berpusat.

Ia memastikan setiap pek bantuan itu disediakan secara tersusun dan konsisten.

Pemberian pek bantuan makanan kepada keluarga asnaf.

Selain membantu membungkus barangan keperluan, murid-murid pelajar menyediakan kad doa dan pesanan ringkas yang disertakan bersama setiap pek bantuan sebagai tanda ingatan kepada penerima.

Pihak sekolah mengharapkan untuk memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan komuniti setempat di samping melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam akademik sekali gus mempunyai nilai empati dan kepedulian terhadap masyarakat.