Siang murid, malam atlet

Iklan

Azhar Habib tempatkan diri dalam kelompok pemain muda terbaik dunia

Siapa sangka langkah kecil seorang anak yang sering mengikut ayahnya ke pusat latihan pingpong pencetus laluan menuju pentas dunia.

Itulah permulaan kejayaan Habib Adrian Muhamad Suhaidin Azhar, atau lebih dikenali sebagai Azhar Habib.

Iklan
Iklan

Pada usia yang masih muda, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Subang itu mencipta sensasi apabila muncul antara pemain terbaik dunia sukan pingpong bagi kategori bawah 11 tahun.

Jelas Azhar Habib, minatnya terhadap sukan tersebut bermula secara tidak sengaja.

Iklan

“Setiap kali memegang raket, pukulan semakin yakin dan mula memberi fokus di gelanggang,” katanya kepada Sinar Bestari.

Kisah Azhar Habib ini bukan sekadar tentang kemenangan di gelanggang namun, cerita tentang minat yang dipupuk sejak kecil, disiplin yang dibina setiap hari dan impian besar yang disokong oleh keluarga.

Iklan

Kini, pada usia 11 tahun, langkahnya di gelanggang pingpong bukan lagi sekadar permainan. Ia menjadi simbol harapan baharu buat masa depan sukan pingpong negara.

Pelajaran masih jadi keutamaan

Bagi kebanyakan murid seusianya, waktu selepas sesi persekolahan biasanya diisi dengan berehat atau bermain.

Namun itu tidak berlaku kepada Azhar Habib, setiap hari disusun rapi antara tanggungjawab sebagai murid dan komitmen atlet pingpong muda.

“Rutin saya bermula seawal pagi dengan bersiap ke sekolah sama sahaja seperti muridmurid lain.

Apabila dah habis waktu persekolahan, saya akan pastikan kerja sekolah atau tugasan disiapkan terlebih dahulu.

“Belajar tetap menjadi keutamaan saya sebelum melangkah masuk ke gelanggang latihan,” tambahnya.

Azhar Habib berkongsi bahawa Matematik merupakan mata pelajaran yang paling digemarinya. Akuinya, dia seronok menyelesaikan soalan yang mencabar dalam subjek berkenaan.

“Bila dapat jawapan yang betul, rasa seronok seperti menang satu mata dalam perlawanan,” katanya ringkas.

Kalah adalah peluang

Dalam dunia sukan, kemenangan sering diraikan dengan sorakan dan tepukan gemuruh.

Namun di sebalik kejayaan yang terpampang di papan skor, ada perjalanan panjang yang dipenuhi pelbagai cabaran, termasuk saat-saat kekalahan yang menguji ketahanan diri.

Itulah yang dikongsi Azhar Habib, perasaan sedih atau kecewa selepas tewas dalam mana-mana pertandingan adalah sesuatu yang lumrah.

Bagaimanapun, di situlah sebenarnya bermula proses pembelajaran yang paling bermakna.

“Pernah rasa sedih dan itu normal. Tetapi jurulatih dan keluarga selalu beri semangat.

“Mereka juga ingatkan saya bahawa kekalahan adalah peluang untuk belajar,” katanya.

Dalam sukan ini, setiap kesilapan pukulan, mata yang terlepas dan perlawanan yang tidak memihak kepada kita menyimpan pengajaran yang berharga.

Azhar Habib berkata lagi, sokongan jurulatih dan keluarga menjadi kekuatan utama ketika berdepan detik sukar.

“Dorongan daripada mereka sebenarnya yang membantu saya bangun semula dengan semangat baharu,” ujarnya lagi.