SPM bukan sekadar peperiksaan, tapi penentu masa depan – Tengku Zafrul

Iklan
Tengku Zafrul (duduk di tengah) berkongsi gambar bersama pelajar sebuah sekolah di laman Facebooknya dengan kapsyen 'Macam mana result SPM anak-anak hari ini? Harapnya ramai yang happy'.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan sekadar peperiksaan biasa, sebaliknya menjadi titik penting yang menentukan hala tuju masa depan anak muda negara.

Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setiap calon yang menduduki peperiksaan itu membawa harapan besar bukan sahaja untuk diri sendiri, malah keluarga dan negara.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, usaha berterusan perlu diperkukuh bagi memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang berkualiti, khususnya melalui sokongan tambahan kepada golongan memerlukan.

“SPM bukan sekadar peperiksaan. Ia penentu hala tuju hidup ramai anak muda,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial.

Iklan

Beliau turut menekankan kepentingan inisiatif pendidikan seperti program bantuan akademik yang memberi tumpuan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara usaha yang dilaksanakan termasuk program tuisyen percuma yang membantu calon meningkatkan prestasi akademik dan keyakinan diri menjelang peperiksaan.

Iklan

Tambah beliau, sokongan berterusan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan, komuniti dan sektor swasta amat penting bagi memastikan tiada pelajar tercicir daripada sistem pendidikan.

Dalam masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu calon SPM mencapai kejayaan, termasuk guru dan ibu bapa.