Satukan sekolah, ibu bapa dan komuniti

Iklan
Murid-murid SIRAJ Al-Alusi berbuka puasa sama-sama selepas mengagihkan bubur lambuk kepada komuniti. Gambar kecil: Muhammad Noor Hafiz

SEBAIK sahaja tamat sesi persekolahan, suasana bertukar meriah dengan pelaksanaan aktiviti sumbangan komuniti penuh makna sekitar jam lima hingga enam petang.

Yang Dipertua PIBG sekolah ini, Kapten (B) Muhammad Noor Hafi z Kasim berkata, program bawah inisiatif Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) ini membentuk sahsiah pelajar yang bukan hanya terletak di bahu sekolah mahupun ibu bapa tetapi turut melibatkan komuniti setempat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penglibatan itu mengukuhkan kepercayaan komuniti terhadap sekolah dan PIBG, terutama apabila melihat kesungguhan membentuk murid melalui aktiviti kemasyarakatan.

Iklan

“Kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa menjadi nadi utama melibatkan persiapan majlis, penyediaan bubur lambuk dan kurma untuk diagihkan kepada murid, di samping memeriahkan jamuan secara potluck berteraskan semangat sukarela.

“Lebih bermakna, ia diserikan dengan pelaksanaan ibadah secara berjemaah yang menyatukan semua pihak,” katanya.

Iklan

Program ini simbol bahawa pembinaan generasi berakhlak dan prihatin memerlukan sokongan persekitaran lebih luas, melangkaui rumah dan bilik darjah diserap ke kehidupan sebenar komuniti.