Lepasan SPM, ini 10 biasiswa yang perlu anda mohon sekarang!

Iklan
Biasiswa boleh dimohon oleh pelajar berkelayakan tanpa mengira latar belakang mereka, selagi memenuhi syarat ditetapkan setiap penaja. Foto: Canva

Biasiswa adalah bantuan kewangan yang disediakan untuk pelajar cemerlang atau berbakat, bagi meringankan kos pendidikan dan membuka peluang menimba ilmu di universiti tempatan atau luar negara.

Ia boleh dimohon oleh pelajar yang berkelayakan tanpa mengira latar belakang mereka, selagi memenuhi syarat ditetapkan setiap penaja.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, Facebook Meta Oil & Gas berkongsi senarai 10 biasiswa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh dimohon oleh para pelajar.

1) JPA Scholarship (PPN/ Overseas) - Untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.

Iklan

2) Bank Negara (Kijang Scholarship) - Menyokong pelajar cemerlang dalam bidang ekonomi dan kewangan.

3) Khazanah Global Scholarship - Biasiswa berprestij untuk pemimpin masa depan negara.

Iklan

4) Petronas Scholarship (PESP) - Fokus kepada bidang kejuruteraan, sains dan tenaga.

5) Shell Malaysia Scholarship - Memberi peluang kepada pelajar berbakat dalam STEM.

6) Yayasan UEM Scholarship - Untuk pelajar yang bercita-cita dalam industri infrastruktur dan pembinaan.

7) PNB Global Scholarship - Membantu pelajar cemerlang melanjutkan pengajian ke peringkat antarabangsa.

8) TNB Prime Scholarship - Fokus kepada bidang kejuruteraan dan tenaga lestari.

9) MARA YTP (Bumiputera) - Peluang tajaan meluas untuk pelajar Bumiputera.

10) CIMB ASEAN/ Hong Leong Foundation - Menyokong kecemerlangan akademik dan kepimpinan muda.

Foto: Canva

Selain itu, terdapat tiga biasiswa bonus yang turut boleh dipertimbangkan:

1) Yayasan Sime Darby (YSD) Excellence Scholarship

2) Maybank Group Scholarship Programme

3) Yayasan Telekom Malaysia (YTM) Future Leaders Scholarship

Bagi lepasan SPM, peluang ini adalah langkah pertama menuju masa depan cemerlang.

Dengan usaha, disiplin dan semangat yang tinggi, biasiswa boleh menjadi jambatan untuk merealisasikan impian akademik dan profesional anda.