'Papa nampak segala usaha & kekuatan Danisha sepanjang perjalanan ini' - Norman Hakim

Iklan
Menurut Norman, kejayaan anaknya bukan sekadar angka pada keputusan peperiksaan, tetapi simbol usaha, ketabahan dan dedikasi yang konsisten sepanjang tempoh pembelajaran.

Maria Danisha Hakim, 18, anak bongsu pelakon terkenal Norman Hakim dan Abby Abadi, mencatatkan kejayaan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 apabila meraih gred A bagi tiga mata pelajaran utama: Matematik, Sains dan Sejarah.

Lebih menarik, pencapaian cemerlang Danisha ini bukan sekadar usaha peribadi semata-mata, sebaliknya dibantu oleh platform pendidikan digital PTTI, yang membimbing beliau mengatasi subjek lemah sehingga mampu menukar kelemahan menjadi kekuatan.

Iklan
Iklan

Menurut Norman, kejayaan anaknya bukan sekadar angka pada keputusan peperiksaan, tetapi simbol usaha, ketabahan dan dedikasi yang konsisten sepanjang tempoh pembelajaran.

"Tahniah atas keputusan SPM 2025 yang sangat membanggakan. Setiap usaha, termasuk pengorbanan senyap yang mungkin tidak disedari sesiapa, akhirnya membuahkan hasil. Papa nampak segala usaha dan kekuatan Danisha sepanjang perjalanan ini," kata Norman.

Iklan

Norman juga berkongsi detik mendebarkan ketika menunggu keputusan diumumkan.

"Momen duduk bersama di hadapan skrin menunggu keputusan keluar itu sangat mendebarkan. Segala emosi, doa dan usaha berkumpul pada satu saat itu," katanya.

Iklan

Beliau tidak ketinggalan menzahirkan penghargaan kepada institusi yang membantu membentuk disiplin dan perkembangan akademik Danisha, termasuk Abedeen Academy, selain PTTI Group dan tenaga pengajarnya yang berjaya membimbing Danisha menghadapi subjek lemah.

"Terima kasih kerana membantu Danisha menukar subjek yang sebelum ini lemah menjadi kekuatan hingga berjaya meraih A. Itu bukan sesuatu yang mudah dan Papa sangat bangga," ujarnya lagi.

Norman menegaskan bahawa sokongan keluarga amat penting dalam kejayaan anak.

"Danisha tidak perlu memikul segalanya seorang diri. Perasaan dan usaha Danisha sangat bermakna. Papa akan sentiasa melihat, menyokong dan percaya padamu," katanya.