Guru yang dipercayai melanggar seorang pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan pada Ahad tiba di mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman pada pagi Isnin.
Wanita berusia 57 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah menaiki trak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 8.40 pagi.
Sebelum itu, media pada Ahad melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika sedang memakai kasut di hadapan surau di sebuah sekolah pada Ahad.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Iklan
Iklan