Pengalaman cetus minat

Iklan
Sepanjang bengkel, peserta bukan sahaja menimba ilmu, tetapi turut membina keyakinan diri serta kemahiran komunikasi.

Usaha Jabatan Pendidikan Negeri Melaka membawa pelajar dan guru ke Karangkraf bagi menjayakan Program Ceria dan Kreatif Digital bersama TV PSS wajar dipuji.

Pengetua Akademi Pendidikan Sinar Bestari, Meen Tahrin berkata, inisiatif ini bukan sahaja membuka peluang pembelajaran di luar bilik darjah, malah memberi pendedahan sebenar dunia penyiaran kepada peserta.

Iklan
Iklan

Meen (dua dari kanan) bersama Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli (kiri) dan Yusri (dua dari kiri).

"Diharapkan lebih banyak jabatan pendidikan negeri lain tampil melaksanakan program seumpama ini.

Iklan

"Sepanjang bengkel, peserta bukan sahaja menimba ilmu, tetapi turut membina keyakinan diri serta kemahiran komunikasi," katanya.

Iklan

Bukan itu sahaja, Meen mengharapkan pengalaman ini mampu mencetuskan minat mendalam sekali gus melahirkan generasi pelajar kreatif, berani dan berdaya saing dalam bidang media.