Sambutan Hari Guru lebih meriah dengan 10 aktiviti ini

Iklan
Sambutan Hari Guru 2026 dijangka lebih meriah dengan pelaksanaan aktiviti yang bukan sahaja menghiburkan, malah mampu mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar dalam suasana penuh harmoni. Foto: Canva

Setiap tahun, semua sekolah di seluruh negara akan mengadakan sambutan Hari Guru dengan pelbagai pengisian menarik sebagai tanda penghargaan kepada insan bergelar pendidik.

Bersempena tema ‘Guru Bitara Nadi Negara’, sambutan Hari Guru 2026 dijangka lebih meriah dengan pelaksanaan aktiviti yang bukan sahaja menghiburkan, malah mampu mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar dalam suasana penuh harmoni.

Iklan
Iklan

Berikut merupakan 10 aktiviti menarik yang boleh dilaksanakan sepanjang sambutan tersebut:

1) Persembahan pentas pelajar

Iklan
  • Menampilkan bakat pelajar melalui nyanyian, tarian, deklamasi sajak dan lakonan khas sebagai simbol penghargaan kepada guru yang telah banyak berjasa.

2) Persembahan guru

  • Guru-guru turut diberi ruang untuk membuat persembahan santai seperti nyanyian atau sketsa sekali gus memperlihatkan sisi ceria mereka di luar bilik darjah.

3) Sukaneka santai

Iklan
  • Aktiviti seperti tarik tali, kerusi berirama dan permainan tradisional bukan sahaja menceriakan suasana, malah memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga sekolah.

4) Pertandingan kad ucapan Hari Guru

  • Mendorong pelajar menzahirkan rasa terima kasih secara kreatif melalui rekaan kad yang unik dan penuh makna.

5) Pertandingan video pendek atau poster digital

  • Seiring perkembangan teknologi, pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar menghasilkan kandungan kreatif dan interaktif bertemakan penghargaan kepada guru.

6) Anugerah Guru Popular/ Guru Idol

  • Memberi peluang kepada pelajar memilih dan menghargai guru kegemaran mereka melalui sistem undian yang menyeronokkan.

7) Penyampaian anugerah khas

  • Pengiktirafan kepada guru melalui kategori seperti Guru Dedikasi, Guru Inovatif dan Guru Inspirasi sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen mereka.

8) Slot apresiasi pelajar

  • Pelajar berkongsi ucapan, pengalaman dan kenangan bersama guru yang memberi impak besar dalam kehidupan mereka.

9) Aktiviti surprise untuk guru

  • Elemen kejutan seperti flash mob atau penyampaian hadiah secara spontan mampu mencipta momen manis dan sukar dilupakan.

10) Jamuan Hari Guru

  • Menjadi penutup yang sempurna dengan suasana santai sekali gus mengeratkan hubungan antara guru dan seluruh warga sekolah.

Terdahulu, Sambutan Hari Guru tahun ini akan diadakan di Perak pada 15 hingga 16 Mei ini, manakala Negeri Sembilan bakal menjadi tuan rumah bagi sambutan tahun hadapan.