Ekspedisi TV PSS ke Borneo: 6 hari penuh inspirasi

Iklan
Kru Sinar Bestari bersama wakil Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tiba di Lapangan Terbang Wilayah Persekutuan Labuan.

Misi memperkasa literasi digital melalui TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) diteruskan apabila pasukan Akademi Pendidikan Sinar Bestari menjelajah Wilayah Persekutuan Labuan, Kuching di Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah selama enam hari.

Pelajar dan guru didedahkan pelbagai ilmu penyiaran sekolah termasuk teknik asas rakaman video, suntingan kandungan, pengacaraan serta pengurusan TV PSS kreatif dan relevan dengan perkembangan media digital masa kini.

Iklan
Iklan

Lawatan ke Studio Rancha-Rancha di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancha-Rancha, Labuansekali gus berpeluang membuat rakaman audio siar bersama murid TV PSS.

Hampir 200 pelajar dari sekolah di sekitar Labuan tidak melepaskan peluang menghadiri Bengkel Literasi Digital TV PSS di Ujana Kewangan.

Iklan

Hari terakhir di Borneo, pasukan Sinar Bestari menjalankan Bengkel Pemerkasaan Guru Penyelaras TV PSS di Universiti Malaysia Sabah (UMS) melibatkan hampir 40 guru.

Iklan

Setiap destinasi membawa pengalaman tersendiri apabila kru Sinar Bestari bukan sahaja berkongsi kepakaran, malah melihat potensi pelajar menghasilkan kandungan media berkualiti dan beretika.

Jom jelajah Borneo!