Rantaian eksplorasi kreatif pelajar

Iklan
TANDA HADIR... (Kiri) Peserta Bengkel Literasi Digital TV PSS bergambar bersama kru TV PSS Sinar Bestari dan BSTP KPM.

Teori ke praktikal, TV PSS jadi platform lahirkan kreator muda beretika

Kali ini, Sinar Bestari hadir sebagai sebuah platform memperkasa penyiaran sekolah dalam era digital semakin berkembang melalui Program Jelajah Literasi Digital TV PSS ke Borneo.

Inisiatif itu secara tidak langsung membuka ruang kepada pelajar untuk mengasah bakat daripada sekadar penonton kepada pencipta kandungan kreatif, beretika serta berimpak.

Iklan
Iklan

Dari Wilayah Persekutuan Labuan hingga ke Sarawak dan berakhir di Sabah, program ini membuka mata serta menggilap potensi pelajar. Perjalanan bermula di Labuan dengan penyertaan 150 pelajar memenuhi Dewan Raflesia, Ujana Kewangan.

Dalam tempoh sehari, suasana bertukar menjadi medan eksplorasi kreatif daripada teori ke praktikal.

Iklan

Momentum itu memuncak di Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah apabila ratusan pelajar tampil bersemangat luar biasa. Kehadiran hampir 300 pelajar itu bukan sekadar angka tetapi minat terhadap dunia penyiaran dan literasi digital.

Percayalah, generasi muda di Borneo sudah bersedia untuk melangkah lebih jauh.

Iklan

Capai matlamat

Jelajah Literasi Digital TV PSS Sinar Bestari bersama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke Borneo, mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali merentasi Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak.

Pelajar juga berpeluang mendekati dunia penyiaran sekolah dan media digital secara lebih praktikal sekali gus mencungkil bakat terpendam dalam kalangan generasi muda.

Menurut Penolong Pengarah BSTP, Azatus Sakhia Shakir Mashkor, program ini menjadi platform penting dalam melahirkan pelajar celik digital yang bersedia menghadapi tuntutan pendidikan abad ke-21.

Melalui pendekatan hands-on, katanya, peserta bukan sahaja didedahkan penggunaan teknologi secara berkesan, malah diasah dengan kemahiran komunikasi, kreativiti dan pemikiran kritis.

“Lebih daripada sekadar program jelajah, inisiatif ini berjaya menjadi pemangkin kepada pembudayaan teknologi dalam pendidikan.

“TV PSS tidak lagi dilihat sebagai aktiviti sampingan, sebaliknya medium pembelajaran dinamik membentuk pelajar lebih yakin, kreatif dan berdaya saing,” katanya kepada Sinar Bestari.

Jelajah bersambung, misi diperhebat

Hasrat memperluas gelombang literasi digital semakin membara dengan komitmen untuk meneruskan siri jelajah ke seluruh Semenanjung.

Pengarah Projek Jelajah Literasi Digital TV PSS Sinar Bestari, Meen Tahrin berkata, matlamat itu akan diterusmkan sebelum tirai tahun ini dilabuhkan.

Menurutnya, perancangan itu dilihat sebagai langkah strategik dalam memastikan lebih ramai pelajar menikmati pendedahan dunia penyiaran dan media digital yang kian berkembang pesat.

Meen Tahrin menyampaikan taklimat etika kewartawanan.

“Kesinambungan jelajah ini amat bergantung kepada sokongan padu pihak korporat untuk bersama-sama menjayakan misi pendidikan ini. “Kolaborasi itu bukan sahaja penting dalam memperluas capaian program, malah berperanan membimbing pelajar menghasilkan kandungan berkualiti tinggi yang berteraskan etika,” katanya.

Dalam dunia digital yang serba pantas, pemahaman tentang batas, tanggungjawab serta do and don’t menjadi asas penting dalam melahirkan pencipta kandungan yang berintegriti.

Katanya, lebih daripada sekadar program, jelajah ini tampil sebagai satu gerakan dinamik menyuntik semangat baharu dalam kalangan pelajar.

“Ia bukan sahaja mengasah bakat, malah membina jati diri generasi muda agar lebih bersedia, berani dan berdaya saing dalam mendepani cabaran era digital,” ujarnya.