Fadhlina umum peruntukan awal RM100,000 susulan kebakaran stor dewan SMK Putrajaya Presint 14 (1)

Iklan
Semalam, bomba mengesahkan menerima panggilan kecemasan jam 6.10 petang berhubung kebakaran membabitkan kerusi dan meja yang disimpan di bahagian belakang pentas dewan itu.

Peruntukan awal RM100,000 disalurkan segera bagi kerja pembersihan dan pemulihan susulan kebakaran stor dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 14 (1) semalam.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Putrajaya dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan perkara itu selepas meninjau lokasi kejadian semalam.

Iklan
Iklan

"Peruntukan itu turut membabitkan kerja awalan seperti penyambungan semula bekalan utiliti yang terjejas akibat kebakaran, pembaikan kecil di kawasan kebakaran dan bangunan berhampiran serta kerja berkaitan lain," menurut kenyataan itu.

Iklan

JPWP Putrajaya memaklumkan tindakan segera menutup kawasan terjejas serta kawasan berhampiran telah diambil bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan warga sekolah.

JPWP Putrajaya memaklumkan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Iklan

Semalam, bomba mengesahkan menerima panggilan kecemasan jam 6.10 petang berhubung kebakaran membabitkan kerusi dan meja yang disimpan di bahagian belakang pentas dewan itu.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan kerana sesi persekolahan telah tamat. - Bernama