KPM ambil langkah pantas laksana baucar buku RM100 untuk pelajar sekolah menengah!

Iklan
Menurut KPM, pihaknya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri atas inisiatif berkenaan yang diumumkan ketika PBAKL 2026 pada Jumaat. Foto: Astro Awani

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik pengumuman pemberian baucar buku RM100 kepada semua pelajar sekolah menengah di bawah kementerian itu dan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut KPM, pihaknya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri atas inisiatif berkenaan yang diumumkan ketika Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 pada Jumaat.

Iklan
Iklan

KPM berkata, pengumuman tersebut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam menyuburkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.

"Inisiatif ini juga bertepatan dengan usaha KPM untuk menjadikan amalan membaca sebagai keutamaan dalam kalangan pelajar yang dapat meningkatkan penguasaan bahasa dan ilmu pengetahuan," menurut kenyataan itu.

Iklan

Menurut KPM lagi, pihaknya akan segera memperincikan mekanisme pelaksanaan pemberian baucar buku tersebut supaya ia dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Inisiatif berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih dua juta pelajar sekolah menengah di bawah KPM di seluruh negara.

Iklan