Pendidikan permulaan nilai kemanusiaan

Iklan

WARGA pendidik perlu terus menjadi tonggak membina keyakinan diri murid, sekali gus mengangkat martabat insan menerusi pembentukan sahsiah dan nilai pendidikan yang berkualiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, guru perlu memperluaskan kefahaman serta memperkukuh peranan mereka dalam mencorakkan masa depan generasi muda.

Iklan
Iklan

Ujarnya, usaha itu penting bagi memastikan lahirnya insan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki akhlak serta nilai kemanusiaan yang tinggi.

“Sebab itu, walaupun berdepan teguran dan kritikan kadangkala tidak adil, saya tetap menyanjung tinggi kesungguhan guru-guru yang terus bangkit serta berusaha memastikan generasi akan datang menjadi jauh lebih baik daripada apa yang kita hadapi hari ini.

Iklan

“Semua itu akhirnya kembali kepada soal nilai kemanusiaan. Jika kita melihat perdebatan di luar sana, ada kalanya ia melangkaui batas pertimbangan yang sewajarnya direnung dan difi kirkan dalam dunia pendidikan,” katanya.

 

Iklan

Guru...

Tidak pernah kami berhenti memikirkan apa yang terbaik buat mereka.

Ikhtiar kami buat mereka juga terus-terusan. “Kerana apa? Guru adalah pejuang barisan hadapan pendidikan negara. Tanpa mereka, mana mungkin agenda reformasi pendidikan yang dihasratkan akan berjaya.

“Guru adalah tunjang pembinaan generasi masa hadapan negara. Mereka tidak sekadar mendidik tulis baca. Guru membentuk insan yang berjiwa dan berkeperibadian mulia.

“Terima kasih cikgu!” - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek