Pasukan inovasi Sekolah Seri Puteri harumkan Malaysia di Indonesia, rangkul pelbagai anugerah antarabangsa

Iklan
Kejayaan pasukan inovasi SSP ini disifatkan sebagai hasil usaha gigih, kreativiti dan semangat berpasukan yang tinggi semua pihak yang terlibat.

Tiga pasukan inovasi dari Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya mencipta kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa apabila berjaya meraih pelbagai anugerah menerusi penyertaan dalam dua pertandingan inovasi berprestij di Indonesia.

Pasukan berkenaan iaitu Team 1 - POVENT-X: Smart Water Intelligence; Team 2 - Vital Care: Real-Time Remote Patient Monitoring at Home dan Team 3 - IntelliBin: Smart Sorting Machine telah menyertai Innovation World Cup (IWC 2026) serta International Invention & Innovation Competition (I3C 2026) yang berlangsung di Universiti Negeri Jakarta, Indonesia pada 2 hingga 7 Jun lalu. 

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi SSP, kejayaan tersebut disifatkan sebagai hasil usaha gigih, kreativiti dan semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan pelajar dan guru pembimbing yang tidak pernah jemu membimbing mereka ke arah kecemerlangan.

Iklan

Antara guru penasihat yang memainkan peranan penting ialah Cikgu Nur Hafizah Kamaruddin, Cikgu Nor Hazwani Jaafar dan Cikgu Norazmi Mohd Azhari, yang menjadi tulang belakang dalam memastikan setiap inovasi dibangunkan dengan penuh teliti dan berkualiti tinggi.

Iklan

Sinar Bestari yakin kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan keupayaan pelajar SSP dalam bidang inovasi dan teknologi, malah membuktikan bahawa bakat muda Malaysia mampu bersaing di peringkat global apabila diberi peluang, bimbingan dan ruang untuk berkembang.

INFO

Ketiga-tiga pasukan ini berjaya membawa pulang pencapaian berikut:

1) Team 1 - POVENT-X: Smart Water Intelligence

  • Anugerah Emas (I3C 2026)
  • Anugerah Emas (IWC 2026)

2) Team 2 - Vital Care: Real-Time Remote Patient Monitoring at Home

  • Anugerah Emas (I3C 2026)
  • Anugerah Emas (IWC 2026)

3) Team 3 - IntelliBin: Smart Sorting Machine

  • Anugerah Perak (I3C 2026)
  • Anugerah Emas (IWC 2026) 

4) Anugerah Khas

  • Pasukan SSP turut membawa pulang anugerah Special Award Platinum bagi kategori Life Science.