Hampir 30 tahun mengajar, Cikgu Norzira dinobat Tokoh Guru Siti Khadijah MGPM 2026 - 'Beliau sememangnya layak'

Iklan
Kejayaan yang diraih hari ini pastinya menjadi inspirasi kepada ramai guru bahawa setiap usaha, pengorbanan dan keikhlasan dalam mendidik anak bangsa pasti akan dihargai suatu hari nanti.

Bukan mudah untuk kekal istiqamah dalam dunia pendidikan selama hampir 30 tahun.

Namun itulah yang dilakukan oleh Cikgu Norzira Mamat yang setia menabur bakti di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sejak sekian lama.

Iklan
Iklan

Sepanjang tempoh itu, beliau bukan sahaja mengajar dan mendidik anak-anak kecil, malah turut aktif membantu pembangunan pendidikan Pasti di pelbagai peringkat.

Atas jasa dan sumbangan yang diberikan, guru dari PASTI Al Ihsan Kubang Lembek, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu itu dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru Siti Khadijah Majlis Guru PASTI Malaysia (MGPM) 2026.

Iklan

Pengiktirafan itu sememangnya cukup bermakna dan seiring dengan pengalaman luas yang dimiliki beliau dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak.

Sepanjang perkhidmatannya, Cikgu Norzira pernah memegang pelbagai jawatan penting di peringkat kawasan, negeri dan pusat.

Iklan

Beliau juga banyak terlibat dalam pembangunan guru, latihan serta pengurusan organisasi Pasti.

Kejayaan yang diraih hari ini pastinya menjadi inspirasi kepada ramai guru bahawa setiap usaha, pengorbanan dan keikhlasan dalam mendidik anak bangsa pasti akan dihargai suatu hari nanti.

INFO

Anugerah dan pencapaian Cikgu Norzira

1) Anugerah Muallimah Pra Sekolah 2024 - Kerajaan Negeri Terengganu

2) Anugerah Guru Pakar 2004 - PASTI Malaysia

3) Anugerah Tokoh Guru Cemerlang Negeri Terengganu 2007

4) Anugerah Tokoh Guru DUN 2015

5) Anugerah Tokoh Guru PASTI Malaysia 2016