Tempatkan guru terlibat kes salah laku seksual di PPD, JPN Sarawak ambil tindakan serius

Iklan
JPN Sarawak menempatkan guru yang terlibat kes salah laku seksual yang tular di media sosial di pejabat pendidikan daerah (PPD) sehingga proses siasatan dijalankan selesai

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak menempatkan guru yang terlibat kes salah laku seksual yang tular di media sosial di pejabat pendidikan daerah (PPD) sehingga proses siasatan dijalankan selesai.

JPN Sarawak dalam kenyataan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku seksual.

Iklan
Iklan

“Sesiapa sahaja yang didapati bersalah perlu dikenakan tindakan tegas,” katanya.

Bukan itu sahaja, JPN Sarawak memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkusa.

Iklan

Pada masa yang sama, Unit Integriti Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jemaah Nazir turut menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti setiap perkara terkait kes ini. 

Iklan