Imaginasi jadi inspirasi

Iklan
Arifful Baqi semasa menceritakan tentang bukunya di Jualan Gudang Karangkraf.

Bermula dengan sebuah novel ketika di bangku sekolah, Arifful Baqi kongsi nilai dan mesej positif melalui karya fiksyen

Seorang penulis novel mungkin kedengaran seperti kerjaya yang hanya memerlukan bakat menulis.

Hakikatnya, di sebalik setiap karya yang diterbitkan, terdapat proses pembelajaran, disiplin dan kesungguhan yang tinggi.

Iklan
Iklan

Mereka juga menggunakan kreativiti dan imaginasi menghasilkan karya yang membawa pembaca mengembara ke pelbagai dunia.

Namun, bagaimana sebenarnya perjalanan seseorang untuk bergelar penulis novel?

Iklan

Bagi penulis, Ariff Al Baqi Mohd Iskandar, menyampaikan ilmu dan pengajaran tidak semestinya melalui buku akademik atau karya bukan fi ksyen semata-mata.

Sebaliknya, mesej baik boleh disampaikan secara lebih santai dan dekat dengan pembaca menerusi karya kreatif seperti novel.

Iklan

Arifful Baqi, nama pena yang digunakannya untuk setiap terbitan buku mengakui bahawa minat terhadap dunia penulisan fi ksyen ini bermula di bangku sekolah.

“Saya baca novel Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid ketika Tingkatan 2 pada tahun 2005 yang menjadi titik permulaan kepada kecintaan terhadap karya kreatif.

“Novel ini karya pertama yang berjaya menarik minat saya untuk terus membaca dan mengenali dunia penulisan. Lebih istimewa, karya inilah membukitkan sesebuah novel bukan sekadar medium hiburan, tetapi diselit pelbagai nilai positif kepada pembaca.

“Buku itu memberi inspirasi besar kepada saya untuk cenderung dalam penulisan fi ksyen. Saya tertarik apabila karya genre thriller masih mampu memuatkan nilai-nilai pengajaran dan Islami tanpa mengganggu jalan cerita,” katanya kepada Sinar Bestari.

Pengalaman itu membuka matanya bahawa penulis mempunyai peranan besar dalam membentuk pemikiran dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

Melalui jalan cerita yang menarik, tambah Arifful Baqi, 35, mesej yang ingin disampaikan dapat diterima pembaca secara lebih berkesan dan meninggalkan impak yang mendalam.

“Sejak itu, saya percaya bahawa karya fiksyen bukan sekadar ruang untuk berimaginasi, tetapi juga platform yang mampu mendidik, menginspirasi dan menyampaikan nilai-nilai murni kepada pembaca daripada pelbagai lapisan usia,” katanya.

Di sebalik setiap novel yang diterbitkan, ada pelbagai cabaran perlu ditempuhi oleh penulis.

Bagi Arifful Baqi, cabaran terbesar bukanlah mencari idea atau membina jalan cerita, tetapi mengatasi keraguan terhadap kemampuan diri.

Beliau yang merupakan seorang guru mengakui sering berdepan pelbagai persoalan yang mengganggu fikiran.

“Antara persoalan yang selalu difi kirkan, adakah karya saya cukup baik untuk dibaca orang ramai dan layakkah ia diterbitkan?

“Perasaan ragu-ragu itu menjadi penghalang untuk melangkah ke hadapan,” katanya.

Sumber inspirasi Namun, semangat kembali bangkit apabila membaca karya penulis thriller dan fantasi terkenal seperti Ramlee Awang Murshid dan Zaki Zainol.

Baginya, keberanian penulis hebat untuk menghasilkan cerita yang mencabar batas imaginasi biasa menjadi sumber inspirasi untuk dirinya terus berkarya.

“Melihat bagaimana mereka berani meneroka idea luar biasa membuatkan saya percaya bahawa setiap penulis mempunyai suara dan gaya tersendiri,” ujarnya.

Arifful Baqi menyedari setiap cabaran yang dihadapi sebahagian daripada proses pembelajaran.

“Daripada pengalaman inilah seseorang penulis perbaiki kelemahan, menambah ilmu dan meningkatkan keyakinan diri.

“Kejayaan dalam bidang penulisan tidak datang dalam sekelip mata tetapi, ia memerlukan kesabaran, kesungguhan dan kemahuan yang tinggi untuk terus belajar,” ujarnya.