Tidak semua impian mendapat sokongan sejak awal.
Begitulah perjalanan seorang penulis, Noorliza Razali, yang sebelum ini minatnya itu tidak disokong ibunya.
Bagaimanapun, sebaik manuskrip pertamanya diterbitkan keadaan berubah 360 darjah.
“Mak ialah orang yang paling bangga. Dia yang seronok bercerita kepada semua orang bahawa saya sudah terbitkan buku,” kongsinya sambil tersenyum.
Lebih bermakna, apabila beliau mengambil keputusan untuk menulis sepenuh masa tahun lalu, restu ibunya hadir tanpa ragu-ragu.
Sepanjang 22 tahun menulis, Noorliza belum pernah mengalami writer’s block (ketandusan idea).
Tambahnya, menulis sudah menjadi rutin harian yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan.
“Rahsia saya mungkin terletak pada sikap yang gemar memerhati dan berfikir,” ujarnya.
Reaksi
"Bagi saya, apabila menulis sesuatu topik, kita boleh meluahkan perasaan melalui penulisan. Kalau diberi rezeki, suatu hari nanti saya hendak menulis novel.” - Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Chulan, Aina Nur Zaireen Mohd Zamzarul Azlan, 14.
"Seseorang penulis perlu ada pengalaman. Berbual dengan orang ramai untuk ketahui tentang ‘dunia’. “Seorang penulis perlu berdisiplin contohnya kerap menulis karangan atau menulis pantun. Apabila sudah terbiasa, semestinya mereka akan menjadi penulis yang hebat.” - Pelajar SMK Bagan Serai, Nur Mia Zahra Abd Halim, 16."
“Saya hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 ini kerana ingin mencari inspirasi daripada penulispenulis terkenal. Saya meminati buku-buku tentang keagamaan. “Sekiranya saya menjadi seorang penulis, saya ingin memperkenalkan lebih mendalam tentang Islam supaya orang ramai mengetahui kebesaran-Nya.” - Pelajar SMK Seri Desa, Muhammad Azizan Mr Akbar, 16.
“Saya meminati penulis Huda Najwa, Iddin Ramli dan beberapa orang lagi. Saya juga suka membaca buku genre thriller kerana sukakan jalan cerita seperti penyiasatan. “Kalau nak jadi penulis, saya perlu banyakkan membaca dan mempunyai idea yang fresh atau trend untuk tarik minat pembaca.” - Pelajar SMK Kepala Batas, Nur Dini Hasanah Khairi, 15.