Smart Sense Watch & Smart Serve SMK Dato' Klana Putra harumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa! Hebat pelajar kita

Iklan
Pasukan yang terdiri daripada 12 pelajar sekolah itu mengharumkan nama negara menerusi penyertaan dalam Innovation World Cup 2026 dan International Invention & Innovation Competition 2026 yang berlangsung di Universitas Negeri Jakarta, Indonesia.

Sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Klana Putra, Lenggeng, Negeri Sembilan membuktikan bahawa bakat dan kreativiti anak Malaysia mampu berdiri sama tinggi di pentas antarabangsa apabila berjaya meraih beberapa pengiktirafan berprestij dalam pertandingan inovasi di Indonesia baru-baru ini.

Pasukan yang terdiri daripada 12 pelajar sekolah itu mengharumkan nama negara menerusi penyertaan dalam Innovation World Cup 2026 dan International Invention & Innovation Competition 2026 yang berlangsung di Universitas Negeri Jakarta, Indonesia.

Iklan
Iklan

Kejayaan membanggakan tersebut hadir menerusi dua projek inovasi yang dibangunkan sendiri oleh para pelajar dengan bimbingan guru-guru mereka.

Projek Smart Sense Watch yang dihasilkan oleh Muhammad Hariz Anas, Muhammad Naufal Ziqri Abdul Rahim, Nur Aina Adriana Mohamad Hamdan, Nur Alissa Qarisya Mohd Hafizal, Nurhumairah Syahmina Mohd Nazeri dan Muzzammil Mahyuddin berjaya memikat perhatian juri sekali gus merangkul pingat emas. 

Iklan

Tidak kurang hebatnya, projek Smart Serve yang dibangunkan oleh Nur Hafiza M Hafiz, Damia Irdina Mohd Zaki, Wan Nor Alyaa Qalesya Wan Mohamad, Adib Isyraq Jamaluddin, Muhammad 'Ammar Fawwaz Mohammad Rizal dan Alya Sophia Mohd Yusri turut meraih pingat emas.

Iklan

Malah, projek tersebut berjaya mencipta nilai tambah apabila dianugerahkan Best Commercialisation Project Award, sekali gus membuktikan inovasi yang dihasilkan bukan sahaja kreatif dan berimpak tinggi, malah mempunyai potensi untuk dikembangkan ke pasaran. 

Kejayaan luar biasa itu mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menzahirkan penghargaan terhadap usaha dan komitmen pasukan berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook rasmi kementerian.

"Kejayaan berganda 'Budak Lenggeng' ini hasil bimbingan Cikgu Noor Shariffah Mohd Jaafar dan Cikgu Nur Syafiqah Nadiah Farid membuktikan potensi luar biasa murid kita untuk bersaing dan mencipta kecemerlangan di persada global.

"Terus berinovasi demi masa depan negara," menurut hantaran tersebut.