Bukan stesen TV, ini sekolah! Kebolehan pelajar SMK Derma kendali siaran langsung bola sepak curi tumpuan warga maya

Iklan
Paling membanggakan, hampir 90 peratus operasi penyiaran tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh anak-anak muda ini sekali gus membuktikan bahawa bakat dan kemahiran mereka berada pada tahap superstar.

Nama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma, Perlis menjadi bualan hangat di media sosial selepas tularnya sebuah video yang memaparkan kehebatan sekumpulan pelajar mengendalikan siaran langsung kejohanan bola sepak seperti kru penyiaran profesional.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok SMK Derma Official, para pelajar dilihat memainkan pelbagai peranan penting sepanjang siaran berlangsung, termasuk mengendalikan kamera di tepi padang, menguruskan peralatan switcher serta memastikan pertukaran sudut rakaman dilakukan dengan lancar dan teratur.

Iklan
Iklan

Lebih mengagumkan, terdapat dalam kalangan mereka yang bertindak sebagai pengulas perlawanan dengan penyampaian yang yakin serta informasi bernas.

Paling membanggakan, hampir 90 peratus operasi penyiaran tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh anak-anak muda ini sekali gus membuktikan bahawa bakat dan kemahiran mereka berada pada tahap superstar.

Iklan

Menurut guru pembimbing, Siti Faridah Matt, SMK Derma telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis (MSSPs) yang berlangsung dari 15 hingga 19 Jun lalu.

Beliau berkata, peluang tersebut dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar Tingkatan Tiga dan Empat untuk mempraktikkan kemahiran penyiaran yang dipelajari.

Iklan

"Para pelajar bukan sahaja mengendalikan kamera, malah berjaya membuat pertukaran sudut rakaman, berkomunikasi sesama pasukan dan memastikan siaran berjalan lancar seperti sebuah produksi profesional," katanya seperti dipetik sebuah portal tempatan.

Sementara itu, pelbagai reaksi positif diterima daripada warga maya yang kagum melihat tahap kemahiran dan keyakinan ditunjukkan oleh para pelajar.

hidiaq: Dasyat pihak sekolah, ada equipment dan cukup melatih pelajar. Tahniah cikgu-cikgu.

Gin: Jangan lupa amik gambar banyak-banyak. Sedap ni kalau nak buat portfolio.

Ruzaidi Tamezi: Terbaik adik-adik sekalian! Umur 25 nanti working experience dah lebih 10 tahun.

eman: Respect kat cikgu depa. Pentingnya ada cikgu sebagai tulang belakang kalau dak tak jadi benda ni.