Tenaga mahir perlu disediakan

Iklan
Gimik pelancaran program Karnival Gerontologi Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24(2) baru-baru ini.

Malaysia dijangka berdepan perubahan demografi yang ketara apabila bilangan warga emas terus meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPL TV) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ts Zulkernai Fauzi menegaskan, keperluan melahirkan lebih ramai generasi muda yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan penjagaan warga tua.

Iklan
Iklan

Zulkernai

Ia berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sebanyak 15 peratus penduduk negara ini dijangka terdiri daripada golongan itu menjelang 2030 dan angka berkenaan dijangka meningkat kepada 20 peratus pada 2040.

Iklan

Menurutnya, gerontologi merupakan bidang pengajian yang memfokuskan aspek penuaan dan kehidupan warga emas, manakala geriatrik pula memberi penekanan kepada proses perawatan, penjagaan serta diagnosis melibatkan aspek fizikal, emosi dan psikologi golongan tersebut.

“Usaha memperkukuh bidang ini turut diperkasakan melalui kerjasama strategik antara KPM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan

“Selain itu, KPM juga menjalinkan kolaborasi dengan Lembaga Jururawat Malaysia bagi membuka laluan pendidikan yang lebih jelas kepada pelajar,” katanya.

Menerusi kerjasama tersebut, murid-murid yang mengikuti aliran gerontologi di peringkat SPM berpeluang menyambung pengajian dalam bidang kejururawatan sekali gus menyumbang kepada keperluan tenaga kerja negara dalam menghadapi cabaran masyarakat menua pada masa hadapan.