Gerontologi beraksi

Iklan
Reruai pemeriksaan kesihatan pengunjung yang hadir semasa Karnival Gerontologi Peringkat Kebangsaan di SMK Seksyen 24 (2) baru-baru ini.

Karnival Gerontologi Peringkat Kebangsaan 2026 menghimpunkan murid, guru serta pelbagai agensi dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan warga emas.

Penerangan mengenai peralatan penjagaan warga emas.

Iklan
Iklan

Jom ikuti kemeriahan, keterujaan dan momen-momen menarik yang berjaya dirakam sepanjang berlangsungnya karnival ini!

Reaksi

Iklan

"Dengan subjek ini, saya belajar untuk mengurus atau mengendalikan dari segi emosi, mental dan fi zikal warga emas. Pada mulanya, hanya melihat senior yang berjaya tamat belajar dengan bidang yang tidak dikenali ini."Ada juga di antara mereka senior yang berjaya ke luar negara. Jadi, mereka bukan sahaja ke laluan kerjaya yang tetap, tetapi juga mampu melayani warga emas sebaiknya. Itulah sebab kenapa saya memilih bidang gerontologi ini.” - Pelajar, Nur Azlina Mohammad Hafizi, 16

Nur Azlina, Muhammad Muhaimin (tengah) dan Muhammad Adam Naim (kanan)

Iklan

"Gerontologi ini melibatkan perkhidmatan dan penjagaan warga emas. Saya meminati bidang kejururawatan dan memandangkan saya lelaki, ia sesuai untuk dijadikan kerjaya selepas ini."Saya juga sudah tahu yang negara ini sangat memerlukan jururawat lelaki, jadi dari sinilah saya mula untuk meminati dan mahu menjaga kebajikan warga emas.” - Pelajar, Muhammad Muhaimin Mohd Rosdi, 17.

Reruai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Utara 2 mempamerkan produk gerontologi semasa Karnival Gerontologi Peringkat Kebangsaan.

"Saya memilih bidang gerontologi sebagai subjek elektif Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mudah untuk skor dan ibu bapalah yang menjadi faktor utama untuk meneruskan bidang ini. “Saya mahu menguruskan kedua ibu bapa dan warga emas dengan cara yang betul. Ini kerana kita perlu bermain dengan emosi individu yang sudah lewat usia. Harapnya meneruskan kerjaya dalam bidang kejururawatan kelak.” - Pelajar, Muhammad Adam Naim Azmer, 17.