Murid prasekolah parah dirempuh kereta di hadapan sekolah!

Iklan
(Gambar hiasan)

Seorang murid prasekolah parah selepas dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Geliga, Jalan Kuala Kemaman-Geliga di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan itu berlaku pada 12.30 tengah hari ketika murid lelaki berusia enam tahun tersebut sedang melintas jalan dari arah kiri ke kanan jalan, sebelum dilanggar di bahagian kiri sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang wanita.

Iklan
Iklan

Beliau berkata ketika kejadian, pemandu kereta berusia 40 tahun itu dalam perjalanan dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga menuju ke SK Sri Geliga.

Mohd Razi berkata, pemandu kereta itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Kemaman, selepas kemalangan tersebut.

Iklan

"Pelajar terlibat yang tinggal Kampung Geliga itu cedera di bahagian kepala dan dikejarkan ke Hospital Kemaman, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Mohd Razi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Beliau berkata, polis memohon saksi kejadian dan pemandu kenderaan lain yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka kemalangan itu, tampil membuat laporan polis. - Bernama