2 atlet Muay Thai harumkan Malaysia di pentas dunia - 'Tahniah Yousef & Mikael'

Iklan
Kejayaan dua atlet ini bukan sahaja menjadi kebanggaan warga SJKC Ping Ming, malah turut mengangkat nama Johor dan Malaysia di persada dunia melalui sukan Muay Thai. Foto: Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Dua atlet Muay Thai dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ping Ming, Kluang, Johor mencipta kebanggaan apabila berjaya mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara apabila membawa pulang dua pingat dalam 1st IFMA Muaythai School World Championships 2026 di Kuala Lumpur. 

Dalam kejohanan bertaraf dunia yang menghimpunkan atlet-atlet muda berbakat dari pelbagai negara, Yousef Mohd Hafiz merangkul pingat emas manakala Mikael Mohd Hafiz menyumbang pingat gangsa, sekali gus membuktikan kemampuan atlet sekolah Malaysia untuk bersaing di pentas antarabangsa.

Iklan
Iklan

Menurut Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, pencapaian luar biasa itu merupakan hasil daripada semangat juang tinggi, disiplin mantap serta komitmen luar biasa yang ditunjukkan oleh kedua-dua atlet sepanjang kejohanan berlangsung.

Foto: Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Iklan

Malah, kejayaan tersebut turut mencerminkan kesungguhan mereka menjalani latihan secara konsisten dan berdisiplin dalam usaha mencapai prestasi terbaik di pentas antarabangsa.

"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan jurulatih atas bimbingan, dedikasi dan kepakaran yang dicurahkan dalam membentuk atlet sehingga mampu bersaing dan berjaya di pentas dunia.

Iklan

"Penghargaan yang sama turut diberikan kepada ibu bapa dan keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang dengan memberikan sokongan, dorongan dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.

"Kejayaan ini bukan sahaja milik Yousef dan Mikael, malah merupakan kebanggaan seluruh warga JPN Johor dan SJKC Ping Ming, masyarakat Kluang serta negeri Johor.

"Ia membuktikan bahawa dengan usaha, disiplin dan sokongan padu daripada semua pihak, atlet sekolah mampu mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa," menurut hantaran yang dikongsikan.