Program Bubur Asyura SRAJR eratkan ukhuwah guru, murid & PIBG

Iklan
Program Bubur Asyura SRAJR memberi pelbagai impak positif kepada semua yang terlibat. Antaranya ialah memupuk semangat perpaduan, mengukuhkan hubungan antara sekolah dan komuniti serta memperkasakan kerjasama dalam kalangan warga sekolah.

Tradisi gotong-royong mengacau dan mengagihkan bubur asyura terus diamalkan di sekolah bagi memupuk silaturahim dan semangat kerjasama.

Terkini, Sekolah Rendah Agama Jaim Rumbia (SRAJR), Alor Gajah, Melaka tidak ketinggalan menganjurkan Program Bubur Asyura yang menghimpunkan guru, murid, ibu bapa serta komuniti setempat dalam suasana penuh muafakat dan kemeriahan.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan media yang diemelkan kepada Sinar Bestari, program berkenaan merupakan acara tahunan yang julung kali diadakan sebagai salah satu aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. 

Iklan

Program tersebut tercetus hasil idea Yang Dipertua PIBG, Mohd Noor Mohd Salleh bersama pihak pentadbir sekolah serta Ahli Jawatankuasa PIBG yang mahu menghidupkan tradisi masyarakat Melayu di samping mengeratkan hubungan antara warga sekolah dan komuniti.

"Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan sepanjang program berlangsung bagi memeriahkan suasana. Antaranya ialah pertandingan mewarna, kuiz dan cabutan bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada murid-murid. 

Iklan

"Lebih istimewa, dua buah basikal menjadi hadiah utama cabutan bertuah hasil sumbangan Mohd Noor, sekali gus menambahkan keterujaan peserta yang hadir," kongsi kenyataan itu.

Program Bubur Asyura SRAJR bukan sekadar aktiviti memasak secara bergotong-royong, malah menjadi platform yang berjaya menyatukan warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam semangat kekitaan, sekali gus memperkukuhkan hubungan yang terjalin demi manfaat bersama.