Empat guru pergi meninggalkan kami, namun jasa mereka akan terus hidup dalam ingatan

Iklan
Dari kiri (atas) Ustaz Mohamad Faizul dan Cikgu Saldiah manakala dari kiri (bawah) Cikgu Zaleha dan Cikgu Asma. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman serta dikurniakan kedudukan yang mulia di sisiNya.

Dalam dunia pendidikan, pemergian seorang guru bukan sekadar kehilangan seorang kakitangan sekolah.

Sebaliknya, ia adalah kehilangan seorang pendidik yang pernah mencurahkan ilmu, membentuk sahsiah dan meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan ramai anak murid.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak menerusi hantaran di Facebook berkongsi berita pemergian beberapa warga pendidik yang telah kembali ke rahmatullah.

Berita tersebut mengundang rasa hiba dalam kalangan rakan sejawat, murid serta seluruh warga pendidikan yang pernah mengenali mereka.

Iklan

Sesungguhnya, kehilangan guru-guru ini bukan sahaja dirasai oleh keluarga tercinta, malah turut meninggalkan kekosongan besar di sekolah dan dalam hati anak-anak didik yang pernah menerima sentuhan ilmu serta kasih sayang seorang guru.

Hari ini, Sinar Bestari menzahirkan penghormatan kepada empat pendidik yang telah pergi meninggalkan kita:

Iklan

1) Guru Pendidikan Islam, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong, Ustaz Mohamad Faizul Bustami yang meninggal dunia pada 17 Mei (Ahad)

2) Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Kebangsaan (SK) Gadong, Cikgu Saldiah Abdul Karim yang turut meninggal dunia pada 17 Mei.

3) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), SK Tanjung Bijat, Cikgu Zaleha Ikeram ( 22 Jun, Isnin)

4) Guru Akademik, SK St Augustine, Cikgu Asma Zen (5 Julai, Ahad)

Semoga segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang mendidik generasi muda menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Al-Fatihah buat mereka yang beragama Islam dan salam takziah kepada seluruh keluarga. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman serta dikurniakan kedudukan yang mulia di sisiNya.