JPN Kedah pastikan kebajikan murid Tahun Lima jatuh di sekolah diberi perhatian

Iklan
Gambar kecil: Keadaan murid yang dipercayai terjatuh ketika cuba menangkap burung di atas syiling bangunan sekolah itu.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah akan memastikan kebajikan murid tahun lima yang cedera ketika cuba menangkap burung di atas siling bangunan sebuah sekolah rendah di Padang Terap, semalam diberi perhatian sewajarnya.

Menerusi kenyataan hari ini, JPN Kedah memaklumkan akan menyediakan sokongan dari aspek emosi, psikologi, khidmat bimbingan dan kaunseling serta bantuan lain yang bersesuaian kepada murid itu serta keluarganya.

Iklan
Iklan

"Intervensi sokongan emosi juga akan diberikan kepada murid-murid sekolah berkenaan bagi memastikan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara," menurut kenyataan itu.

JPN Kedah menegaskan aspek keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid sentiasa menjadi keutamaan dan pemantauan jabatan berkenaan ditingkatkan berterusan.

Iklan

Semalam, media melaporkan seorang murid lelaki tahun lima cedera selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah di Padang Terap ketika cuba menangkap burung di atas siling bangunan sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Padang Terap Supt Mohd Anuar Junoh berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang guru sekolah berkenaan kira-kira 4 petang yang memaklumkan kejadian itu dan setakat ini kes tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. - Bernama

Iklan