Asrama Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah terbakar

Iklan
Kebakaran membabitkan asrama lelaki sekolah berkenaan. Foto: Bomba

Seramai 101 pelajar Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah (SMATD), Kulim, Kedah terselamat dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi Selasa.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Abdul Mois Ahmad Mansur berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 2.47 pagi memaklumkan kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, BBP Kulim Hi- Tech serta bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) melaksanakan operasi memadam kebakaran.

"Setiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan asrama lelaki dua tingkat, sehingga memusnahkan lebih kurang 65 peratus daripada keseluruhan struktur tingkat atas bangunan.

Iklan

"Bagaimanapun, kesemua 101 pelajar berjaya keluar dan berkumpul di tempat selamat sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi," katanya.

Operasi pemadaman berjaya dikawal pada 3.09 pagi menggunakan empat aliran dengan empat pancutan, manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada 6.25 pagi selepas kerja-kerja overhaul selesai dijalankan.

Iklan

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Difahamkan, asrama yang terbakar membabitkan penghuni Tingkatan Dua, Tingkatan Tiga (asrama belakang), Tingkatan Empat dan Tingkatan Enam.

Sehubungan itu, kesemua pelajar dibenarkan pulang bersama waris masing-masing bermula jam 7 pagi bagi memberi ruang kepada pihak sekolah menguruskan situasi serta tindakan susulan.