11 anak muda Kolej Matrikulasi Johor bakal sambung pengajian ke Australia & New Zealand - 'Bukan semua pelajar dapat peluang ini...'

Iklan
Dari kiri Amree Asyraf, Nursyazwani Syahidah dan Muhammad Altamis Zafran yang merupakan antara pelajar yang berjaya memperoleh tawaran melanjutkan pengajian ke luar negara. Alhamdulillah.

Tidak semua pelajar berpeluang menyambung pengajian ke luar negara.

Apatah lagi apabila destinasi yang ditawarkan merupakan antara negara yang terkenal dengan sistem pendidikan bertaraf dunia seperti Australia dan New Zealand.

Iklan
Iklan

Bagi 11 pelajar cemerlang Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 dari Kolej Matrikulasi Johor, peluang itu hadir sebagai hadiah atas usaha, disiplin dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang menuntut ilmu.

Iklan

Lebih membanggakan, mereka yang terpilih menerima Tawaran Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) bagi melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang kritikal yang menjadi keperluan negara pada masa hadapan.

Antara bidang pengajian yang bakal diceburi ialah Sains Komputer, Perakaunan, Fizik, Matematik, Biologi dan Kimia.

Iklan

Kesemuanya adalah bidang yang bakal melahirkan generasi profesional serta penyelidik masa depan.

Di sini, Sinar Bestari senaraikan nama pelajar yang menerima tawaran tersebut:

Sains Komputer

  • Amree Asyraf Zahirul
  • Nursyazwani Syahidah Syahrul Azreen
  • Muhammad Altamis Zafran Mohd Affendy

Perakaunan

  • Muizzuddin Sarifin
  • Nur Aisyah Muhamad Azman

Fizik

  • Nurul Huda Aliah Hirman
  • Nur Dania Erisya Mohd Amiruddin

Matematik

  • Nur Izyan Badrina Mohd Taufiq

Biologi

  • Nur Imanina Aqilah Ahmad Faizal

Kimia

  • Duratul Ain Azmarrullah
  • Nur Arisya Aqila Mohd Nazli