Dalam tempoh seminggu, empat guru pergi meninggalkan dunia pendidikan Sarawak

Iklan
Dari kiri (atas) Cikgu Inap dan Cikgu Wong Lee Choo manakala dari kiri (bawah) Cikgu Deborah dan Cikgu Airene Umat. Foto: Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Dunia pendidikan di Sarawak diselubungi duka apabila empat guru berdedikasi dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh seminggu pada awal Ogos.

Berita pemergian mereka dikongsikan menerusi Facebook rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, mengundang ucapan takziah serta penghargaan atas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai pendidik.

Iklan
Iklan

Mereka yang telah pergi terdiri daripada:

1) Guru Akademik, Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Cikgu Inap anak Bunau pada 1 Ogos, Sabtu 

Iklan

2) Guru Akademik, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bau, Cikgu Wong Lee Choo (5 Ogos, Rabu)

3) Guru Akademik, SMK Jalan Arang, Cikgu Deborah anak Mangan (6 Ogos, Khamis)

Iklan

4) Guru Akademik, SMK Tatau, Cikgu Airene Umat anak Jana (7 Ogos, Jumaat)

Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa menjadi amal  berpanjangan.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, rakan sejawat dan warga sekolah yang ditinggalkan. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.