SPM 2026 bermula 26 Oktober, 420,879 calon bakal duduki peperiksaan

Iklan
KPM berkata, Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam masa terdekat.

Seramai 420,879 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 yang akan dilaksanakan mulai 26 Oktober hingga 17 Disember depan.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), peperiksaan berkenaan akan dijalankan di 3,334 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Iklan
Iklan

"Bagi calon yang bakal menduduki SPM 2026, Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan berlangsung pada 26 hingga 29 Oktober, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (2 hingga 5 November).

"Ujian Amali Sains pula dijadualkan 16 hingga 18 November, manakala Peperiksaan Bertulis (23 November hingga 17 Disember).

Iklan

"Bagi Ujian Mendengar Bahasa Melayu dijadualkan 30 November dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris (1 Disember)," maklumnya dalam kenyataan media pada Selasa.

KPM berkata, Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam masa terdekat.

Iklan

"KPM komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan SPM dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur," katanya.