SJKC Dengkil semarak semangat kemerdekaan murid berbilang kaum

Iklan
Norhizam (kiri) bersama murid SJKC Dengkil melepaskan burung merpati sebagai gimik Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat IPD Sepang pada Khamis.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil, Selangor yang mempunyai murid berbilang kaum dipilih sebagai lokasi Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dengan konsep semarak semangat kemerdekaan dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan generasi muda.

Program itu dimulakan dengan Flag Off konvoi kenderaan polis IPD Sepang bermula jam 8.30 pagi dari IPD Sepang dan disusuli ramah mesra bersama murid.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pemilihan lokasi sekolah kerana murid yang pelbagai bangsa terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

"Ini semangat merdeka yang kita mahu.

Iklan

"Jadi, kita pilih sekolah ini dan saya difahamkan oleh guru di sini yang murid Cina dalam 48 peratus dan selebihnya berbilang kaum.

"Saya tengok tadi pun, mereka (murid) ini boleh campur sesama. Ini yang kita mahu supaya perpaduan itu ada, dari kecil lagi terpupuk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program yang julung kali diadakan di SJKC Dengkil pada Khamis.

Iklan

Sempena tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', Norhizam turut berkongsikan rasa bangganya melihat perpaduan di sekolah terbabit apabila murid berbilang kaum itu membantu antara satu sama lain.

"Ada seorang ambilkan makan, seorang tuangkan air. Jadi, benda-benda ni yang mencapai hasrat merdeka itu sendiri.

"Tadi ada murid yang pakai baju askar. Hari ni dia kata polis nak datang, dia pakai baju askar. Semangat merdeka itu ada," ujarnya.