Bual Bestari Lindung Kasih bersama PERKESO berkongsi kisah, pengalaman dan kepentingan perlindungan sosial buat guru wanita.
Dihoskan oleh Anim Ezati, sesi ini menampilkan Pengurus Pejabat PERKESO Putrajaya, Puan Norliza Noordin serta wakil orang berinsurans, Puan Azlina Sagir.
Perkongsian Puan Azlina menyentuh hati apabila beliau berkongsi pengalaman membesarkan serta menyara anak yang menghidap penyakit kronik.
Kisah ini mengingatkan kita bahawa di sebalik setiap perlindungan, ada insan dan keluarga yang memerlukan sokongan untuk terus kuat melangkah.
Buat guru-guru wanita, Lindung Kasih menjadi antara ikhtiar penting untuk memahami kepentingan perlindungan sosial, sekali gus memastikan diri dan keluarga lebih bersedia menghadapi risiko kehidupan.