TVPSS SKDD2 'turun padang', rasai suasana media sebenar

Iklan
Detik paling mencuri perhatian apabila Perdana Menteri sudi menjawab satu soalan yang dikemukakan oleh pasukan media sekolah berkenaan.

Satu pengalaman manis yang tentunya tidak akan dilupakan sampai bila-bila buat pasukan TVPSS SK Damansara Damai 2 (SKDD2) apabila diberi peluang membuat liputan dalam majlis perasmian Menara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Damansara pada Isnin.

Lebih bermakna, peluang itu hadir dalam majlis yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus memberi pengalaman berbeza buat murid-murid SKDD2 yang turun ke lapangan sebagai pasukan media sekolah.

Iklan
Iklan

Sepanjang liputan berlangsung, murid-murid berpeluang berada bersama pasukan media daripada pelbagai agensi media perdana yang turut membuat liputan majlis tersebut.

Iklan

Bagi anak-anak TVPSS ini, pengalaman berkenaan pastinya cukup istimewa kerana mereka dapat melihat sendiri bagaimana wartawan dan petugas media menjalankan tugas dalam suasana sebenar.

Bukan hanya melihat dari jauh, mereka turut berpeluang merasai sendiri situasi membuat liputan, mendapatkan maklumat dan berkomunikasi secara langsung di lapangan.

Iklan

Detik paling mencuri perhatian apabila Perdana Menteri sudi menjawab satu soalan yang dikemukakan oleh pasukan media sekolah berkenaan.

Momen itu tentunya menjadi kenangan manis buat murid-murid SKDD2, apatah lagi dapat berinteraksi secara langsung dengan Perdana Menteri dalam tugasan yang dikendalikan.

Tahniah semua. Semoga pengalaman istimewa ini menjadi pembakar semangat untuk terus belajar dan melangkah lebih jauh dalam dunia media.