Barisan tetamu kehormat berarak masuk ke Dewan Sejebat, SMK Jeram bagi meraikan program Riuh Sekolahku Merdeka!
Barisan tetamu kehormat berarak masuk ke Dewan Sejebat, SMK Jeram bagi meraikan program Riuh Sekolahku Merdeka!

Langkah besar untuk masa depan pendidikan!

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
14 Sep 2026 03:05pm

Antara manfaat yang dibawa SD Guthrie kepada warga institusi pendidikan itu menerusi program SD Guthrie MADANI Adopt-a-School apabila sekolah tersebut menerima lapan papan pintar interaktif.

Sumbangan itu bukan sekadar menambah kemudahan dalam bilik darjah, malah membuka lebih banyak ruang kepada guru dan murid untuk meneroka pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif, menarik dan seiring dengan perkembangan teknologi.

Bukan itu sahaja, SMK Jeram merupakan antara 15 sekolah angkat terpilih di seluruh negara di bawah program berkenaan yang memberi tumpuan kepada usaha memperkasa kemudahan serta infrastruktur sekolah.

Bagi SD Guthrie, sokongan terhadap institusi pendidikan merupakan sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam memberi manfaat kepada komuniti.

Dengan kemudahan yang lebih baik, diharapkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram, Kuala Selangor, Selangor dapat belajar dengan lebih yakin, kreatif dan bersedia mendepani cabaran masa depan.

Pengurus Besar Wilayah SD Guthrie, Nor Arizal Abdul Azmi; Pengurus Kanan Ladang Bukit Cheraka, Aminorhudin Mohammad Nor dan Ketua Sukarelawan, Ida Erina Ngabeni turut bersama-sama meraikan program Riuh Sekolahku Merdeka.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp